Skip to main content

Review Criminal Minds Korea #kdrama

Hi! Lama betul tak tulis review #kdrama. Ini drama lama tahun 2017 tapi baru sekarang ditonton. Mari baca review noona!

 


Sinopsis

Berkisar tentang kes jenayah yang cuba diselesaikan oleh National Crime Investigation (NCI). Menggunakan khidmat para profiler mereka cuba menangkap penjenayah berdasarkan profil untuk menyelesaikan pelbagai kes.

Review

Hampir semua orang pernah tengok Criminal Minds yang asal dari US, jadi perbandingan itu memang tak boleh nak elak. 20 episod, semua punya kes jenayah yang best dan ada watak yang berulang dan akhirnya diselesaikan diepisod final.

Mungkin noona penonton tegar CM, memang kuat buat karakter asal dihati. Mungkin juga cuma 20 episod kita tak sempat mengenal karakter watak dengan mendalam. Tapi nice try jugak.

Karakter kegemaran ramai pastinya Dr Reid yang dilakonkan oleh Go Yoon namun tak banyak sumbangan watak ini dalam drama. Cuma dapat 1 scene je lah yang nampak abs tu huhu.

Lakonan Junki dan Chae Won pun ok. Noona jumpa mereka dalam Flower of Evil dulu barulah tengok cerita ini.

Mungkin drama ini lagi menarik jika diberi peluang season 2 pulak sebab satu season memang susah nak dapat feels seperti CM yang ori.

Bintang

6/10

Oklah, noona nak cari drama lain pulak ni. Ada suggestion?

~B

Comments