Skip to main content

Flower Of Evil (2020) #kdrama Review


Drama yang dicadangkan oleh Noona HQ lepas Noona B bagi sikit sinopsis pasal kbook Almond. Katanya mungkin ada persamaan, cuba kau tonton drama ni. Oleh itu, Noona pun tengoklah drama terbaru Lee Junki ini. Ok mari baca synopsis

Sinopsis Simple 


Baek Hee-sung (Lee Joon-gi) menyembunyikan identity sebenar dari isterinya seorang anggota polis Cha Ji-won (Moon Chae-won). Famili bahagia dengan seorang anak perempuan. Hee-sung sebenarnya adalah identiti orang lain yang diambil oleh Do Hyun Su, seorang anak lelaki pembunuh bersiri. 

Bermula masalah apabila rakan sekolah lama Hyun Su menjumpainya semula dengan nama & kehidupan baru. Mereka ingin membuktikan kebenaran tetapi menjadi hura hara apabila isterinya Detektif Cha juga menyiasat kes yang sama. 

Apa akan terjadi apabila Detektif Cha menyedari bahawa beliau sedang menyiasat suaminya sendiri sebagai suspek kes pembunuhan? Siapa sebenarnya lelaki yang dikenalinya 14 tahun lepas ini? Adakah dia akan mempercayai lelaki ini atau bukti yang ada didepan mata? 

Review Ringkas 


Asalnya noona tonton cerita ini sebab nak cari persamaan dengan #kbook Almond iaitu atas premis kedua watak utama ini tidak mampu merasai perasaan atau inability to identify and describe emotions (Alexithymia). 

Pada mulanya noona fikir memang Hyunsu itu ada penyakit ini iaitu tidak boleh merasai sebarang perasaan. Dia perlu buka Youtube untuk belajar cara kenalpasti orang lain rasa apa dan respon apa yang perlu dibuat serta bagaimana untuk tunjukkan respon. 

Contohnya dari riak perubahan muka lawan bicara itu menujukkan dia sedang gembira, maka dia beri respon gembira juga dengan menarik muscle pipi hingga naik keatas, hujung mata turun ke bawah, ketawa kecil etc. Sampai macam tu sekali dia perlu belajar sebab tak tahu rasa takut, gembira, sedih dll. 

Cuma persamaan itu sajalah antara Almond dan drama ini. Drama ini pula menyajikan lebih dari isu penyakit alexithymia dan banyak action and emotional issue dalam ni. 

Lee Joon Gi 

Nama yang tidak asing dalam drama land. Beliau lah yang menjebakkan Noona ke alam kdrama (My Girl) selain Rain dan Ju Ji Hoon. Noona biasa tulis nama dia Junki, so korang paham je la ae walaupun semua orang eja nama dia Joon Gi. Hasil kajian, baru kutahu dia lahir di Busan, eh tak pernah dengar pulak Sattori dia. 

Dari awal pembabitan beliau, dia banyak dikaitkan dengan image kkokminam atau pretty boy. Ini boleh tengok dari drama macam King and The Clown, My Girl dan Scarlet Ryeo. Selepas itu kita nampak perkembangan beliau yang lebih menyerlah dalam drama/ filem aksi. Namun the best ingredient to a more accomplished Junki pada noona adalah bila dia berlakon dalam saeguk (drama Korea traditional) & banyak action scene. 

The KFC of Lee Junki 



Setelah noona perhatikan, ini 3 adalah kekuatan Junki yang takde pada actor lain iaitu KFC iaitu (k*ss scene, fight scene, crying scene). Kombo 3 dalam 1 ini wajib ada dalam setiap drama atau filem beliau dan kita kalau tengok mesti kalah aka kagum kat salah satu atau ketiga-tiga perkara ini. 

K*ss scene kadang tu tak perlu pun pada Noona tapi if that’s what sell so why not kan? Emosi yang dia letak memang layan. Fight scene atau action scene dia pulak mantop sebab beliau memang banyak train martial art tapi sampai sekarang noona rasa kita tak dapat banyak scene shirtless beliau (not thirsty just stating the fact ok hehe). 

Crying scene dia pulak adusss, rasa macam basah je muka sendiri menangis tengok dia menangis, meraung, teresak-esak menangis. Terus kuyu mata sepet dia hahahaa.. His eyes is so intense we either gonna melt from it or die from it, there is no in between tau. 

Aktor Lain 

Moon Chaewoon, pernah berganding dengan Junki dalam drama Criminal Minds (noona belum tengok lagi). Lakonan best, aku suka karakter dia yang tegas dalam kerja tapi lembut dengan keluarga. Time dia “torture” laki dia supaya dia mengaku identity sebenar tu noona tersakiti gak. 

Kim Ji Hoon sebagai Baek Hee Sung terboek amat wei! Kalau tak kenal, dia ni berlakon dalam Flower Boy Next Door dengan Siyoon dulu. Lain giler muka dia bila berambut panjang. Mata dia, suara dia, mimic muka dia memang psiko habislah..Boleh menang award ni walaupun scene dia tak banyak, tapi semua scene dia impactful..i like! 

Anyway, korang bolehlah follow IG dia, gambar IG dia semua fuhh angle lawa, subjek menarik…ahhhhh noona still tak boleh move on perubahan dia dari drama dengan Siyoon dulu (mindblown)..he age like old wine, makin lama (berusia) makin fineeee..(skincare routine apa bang? makin muda rupa sekarang) 

Choi Dae-hoon sebagai Lee Woo-cheol, boss Det Cha 


Ok lets talk about him. Pelakon tambahan yang tak disangka mencuri tumpuan (dan hati noona) hahah. Ini tak tahu nak panggil apa sebab Second Lead Syndrom bukan, nak panggil extra Syndrome cam tak sedap pulak.. 

Stay in karakter, tegas tapi cuba memahami. Kalau korang tengok betul-betul ada satu je episode dia tunjuk sikittttt je skil dia fight tapi noona dah (mata heart—mata heart) hahahaa. Muka dia macam jarang nampak tapi lepas Noona HQ search rupanya eh banyak la dia berlakon. Mungkin lepas ni kita stalk nak? Link here for reference https://asianwiki.com/Choi_Dae-Hoon 

Selain lakonan main actor yang mantap. Side character semua best dan impactful lakonan memasing. Amazing cast dalam kes-kes awal yang mereka selesaikan. Also the kids actors semua bagus. 

Melodrama 

Genre drama ini boleh dikategorikan melodrama sebab scene yang merentap emosi tu memang boleh buat kita nangis. Lagi-lagi dengan penghayatan watak utama yang begitu raw emotion mereka. 

Tema kekeluargaan pada awal drama pun sama buat kita rasa dekat dan relatable. Tambah pulak mereka berdua ada anak bersama, kenal pun dah berbelas tahun, tiba-tiba kita rasa tak kenal dengan orang yang paling kita sayang. Rasa kena tipu, rasa tak tahu nak percaya siapa..perghh 

Ending bawang putih bawang merah 

Cam hangin gak ar anti climax dia sebab diorang buat Hyunsu amnesia gitu je. Dah nice dah perkembangan watak dia yang sedikit demi sikit sedar bahawa dia ada perasaan sayang pada orang, dia orang yang hatinya baik tak seperti yang difitnah dulu. Dia belajar untuk terima dan minta bantuan orang lain. 

The development is so nice, jadi bila dia kena amnesia tu macam back to square one lah, cam frust disitu. Tapi kira happy ending gaklah satu family tu bersatu kembali dan nak mulakan hidup baru. 

Conclusion 

Noona suka drama ni! Its like all the flavour is there, ada sweet, ada fight and action scene, ada conflict, termasuk internal conflict, scary scene yang eerie and creepy, pelakon-pelakon yang menjadi giler lakonan lagi-lagi watak villain semua tu. Tontonlah dan nikmati satu lagi buah tangan dari Junki. 

Rating 

7.8/10

Korang bagi berapa bintang untuk drama ni? 

~B

Comments