At Eighteen @ Moment of Eighteen Kdrama |
Drama yang dijumpai dan dihabiskan tengok dalam apps. Noona
baru nak belajar tengok kdrama dari apps selama ni tengok diweb saja (Web Tonton KDrama Percuma). Ada
beberapa apps yang free boleh tengok drama bila-bila masa, ada noona kongsikan
disini
OK jum tengok review noona.
Sinopsis
18-year-old Choi Joon-Woo (Ong Seong-Wu) seorang pelajar
yang berpindah ke sekolah baru. Dia seorang yang suka menyendiri. Rakan
sekelasnya hampir semuanya dari keluarga
kaya seperti Yoo Soo-Bin (Kim Hyang-Gi) dan Ma Hwi-Young (Shin Seung-Ho).
Pada usia 18 tahun mereka masing-masing punya isu dan
masalah sendiri. Joon woo ditinggalkan ayahnya sejak dari kecil, tidak banyak
cakap, sering dihina kerana tiada ayah dan punya emak yang muda. Malah dia
dipaksa pindah sekolah setelah di tuduh bergaduh.
Pelajar-pelajar disekolah barunya juga ada isu sendiri.
Soobin dikawal oleh ibunya yang punya cita-cita mahu dia ke univerisiti terbaik
supaya tidak dipandang rendah. Hwiyoung
juga dipaksa menjadi pelajar terbaik untuk menandingi abangnya.
Bagaimanakah mereka melalui fasa kehidupan pada usia ini? Adakah ada bibit-bibit cinta yang akan timbul? Adakah kebenaran akan dijumpai?
Review
Tema sekolah adalah tema yang evergreen dari zaman F4
sampailah sekarang. Pasti ada peminatnya sebab
1-ditonton oleh mereka yang sedang mengalaminya atau pelajar
sekolah rasa relatable
2-ditonton oleh mereka yang dah lepas zaman itu tapi nak
flashback
Obviously noona is
the 2nd one.
Sentiasa mendapat sambutan sebab demand ada, plus kita boleh berkenalan dengan bakat baru nak
up. Siri School contohnya menaikkan nama pelbagai actor yang terkenal seperti Kim
Jung-hyun, Kim Se-jeong, Kim So-hyun , Nam Joo-hyuk , Yook Sung-jae , Lee
Jong-suk, Kim Woo Bin dan Jang Dong-yoon kira jadi batu loncatanlah sejak mula diterbitkan
pada tahun 1999.
School romance juga biasanya diselitkan idol barang seorang
dua. Ala, kalau akward pun takde orang nak bash tapi ini memang peluang
untuk cungkil bakat muda.
Oleh itu bila noona terjumpa drama ini dalam WeTv, excited
nak tengok tanpa mengenali siapa pelakon & berapa rating dramanya.
Barulah kutahu main actor dia adalah idol dari 101 iaitu Ong
seung woo. Dia ni kira femes amat lah jugak..Wanna One pernah datang Malaysia
kot? Maaf noona tak follow sangat perkembangan kpop sekarang sorry. Anyway, we
need to talk about acting. Lakonan yang baik, ada a few episode saja yang dia
macam ada perasaan selain serious which is nicely portrait sesuai karakternya.
Other pelakon juga sangat baik seperti Shin Seung-Ho sebagai Ma Hwiyoung . https://www.instagram.com/seungho__shin/
Pelakon yang menarik perhatian noona sebab mak ai tingginya beliau. Tak banyak
lagi karya beliau tapi selepas tengok drama ni eh pernah jumpa dalam drama How
To Buy A Friend rupanya.
Pelakon wanita Kim Hyang-Gi muda tapi dah kira senior dengan
senarai lakonan beliau yang banyak. Kang Ki-Young side character yang sentiasa
mencuri perhatian. Kalau yang tak ingat, beliau ada dalam Weightlifting Fairy
jadi pak cik. Dalam drama ni selain dia menjadi orang yang support Joonwoo, beliau juga melalui stage untuk mencari
kekuatan dirinya.
Beliau melayan anak murid sesuai umurnya tidak kira dari
background kaya atau tidak. Ini kerana dia sendiri pun pernah berada ditempat
mereka. Bila dia dapat girlfriend, bergaduh dan baik semula itu mengembirakan
kita walaupun kisah mereka cuma selingan.
Kim Do-Wan pun dikira senior actor jugaklah dan menjadikan
dia kinda antagonist adalah tepat. Ini satu lagi aspek yang berbeza sikit drama
ni sebab there is no really evil kids in this. Walaupun memang ada beberapa
karakter buat perkara yang salah, bila ditunjukkan monolog atau background
mereka ternyata keadaan, keluarga dan tekanan yang menyebabkan mereka jadi
begitu.
Realitinya yang menjadikan tindakan mereka itu salah ada
tekanan keliling samada dari keluarga,kawan, sekolah dan masyarakat.
Unrealistic expectation. Juga bila ibubapa fikir pencapaian anak mereka itu
reflect kepada diri mereka.
18 tahun adalah umur yang pelik tapi menarik, even untuk
kita di Malaysia pun pada umur di Tingkatan 4,5. Semuda itu kita diminta buat
keputusan besar yang membentuk hidup
kita. Padahal pada usia itu sepatutnya mereka perlahan-lahan mengalami sesuatu
sesuai usia. Experience a lot, feel a lot, accepting themselves.
Ada cerita persahabatan, keluarga,cinta pertama, tekanan
belajar, expectation orang luar, buli semuanya dirangkun dalam drama ini.
Rating
Sebagai kesimpulan, ini satu lagu slice of life kisah
pelajar sekolah yang kita akan rasa relatable dan boleh diambil pelajaran bagi
orang dewasa. Good drama!
6.5/10
~B
Comments
Post a Comment