Skip to main content

D. P (2021) #kdrama Review



Drama 6 episod dalam Netflix berkisar tentang dua orang pegawai Deserter Pursuit (D.P). Kerja DP ni adalah mencari askar yang melarikan diri dalam tempoh berkhidmat. Watak utama adalah Jung Hae In sebagai An Jun ho dan dibantu oleh (Koo Gyo-Hwan) sebagai Corporal Han Ho-Yeol.

Pada episod pertama Jun ho digandingkan dengan pegawai kedua dalam team DP. Tapi rupanya dia anak orang kaya yang curi peluang berjimba bila dapat keluar kem tentera. Team leader Sarjan Park Beom-Gu suruh cari tentera hilang, dia pergi bersukaria dengan kawan-kawan anak chaebol lain yang dapat military exemption.

Malam itu tentera yang sepatutnya mereka cari telah bunuh diri. Junho memang bengang dan rasa bersalah sebab dia dah jumpa orang tu tapi dia tak tahu, siap beri lighter lagi yang digunakan untuk hidupkan bricket lalu mati budak tadi.

Episod seterusnya barulah member sebenar DP muncul iaitu Ho Yeol. Karakter dia memang slumber dan best. Mereka bersama-sama mencari, mengejar dan menangkap tentera yang larikan diri ni. Tapi kes-kes ini banyak isu disebaliknya yang menyebabkan mereka ambil keputusan abandond tugas.

Main issue yang diketengahkan drama ini adalah isu dalaman dalam tentera. Drama ni asalnya adalah dari webtoon dan isu ni memang dari dulu sampai sekarang wujud. Isu buli, belasah orang, senior junior, pegawai tinggi yang nak jaga bontot sendiri je dll.

Military service Korea kan lama, even sekarang dah dipendekkan kepada 18 bulan je tapi kesan physical dan mental abuse ni berkekalan tau. Masalahnya bila isu buli dan keganasan ni dah dianggap budaya sebab terbiasa dan diturunkan dari senior sebelumnya.

Masa dulu ko kena teruk, jadi bila dah da junior ko nak mereka juga rasa benda sama..ha lebih kurang gitulah.

Tetaplah ada perikemanusian dua orang pegawai DP ni. Mereka memang perlu fit sebab nak kejar orang, cepat pickup dan cerdik nak figure out kemana mereka menyorok dan kenapa mereka buat macam tu.

Ending dia memang ternganga bila pegawai yang tak tahan dibuli tu belasah senior dia dan larikan diri. Waktu tu dah kalut kejar dia sampai seorang DP lain kenal langgar bas. Terus isu ni jadi kes polis & tentera.

Dia larikan dan nak cari senior yang baru habis perkhidmatan haritu. Dia berjaya belasah dan kidnap masuk ke dalam gua. Hasil siasatan Junho dia dapati pegawai ni baik orangnya tapi tekanan dan buli tu menyebabkan dia jadi mental begitu.

Ending last dia bila kawan baik tentera ni pun buat keputusan yang sama bila dia open fire dalam skuad dia yang selalu buli dia juga.

Perlu diingatkan rating drama ni memang untuk dewasa sebab violence everywhere. Lakonan Hae in terbaik sebab watak dia serius, tak banyak dialog tapi kita boleh faham emosi dari raut wajah, expression muka mata dia. Digandingkan dengan He yeol yang free spirit dan expressive orangnya.

Walaupun Junho tu macam takde perasaan tapi dia orang yang cepat pickup sebab sejenis pemerhati dan tak mudah putus asa.

Lakonan semua orang dalam drama ni memang terbaik. Watak antagonis kaki buli iaitu Shin Seung-ho yang berlakon dalam drama How To Buy A Friend, At Eighteen memang bole naik darah punyalah realistik kejahatan dia. Oh sebab each episode awal tu kes deserter macam-macam, so dapatlah tengok beberapa pelakon sampingan. Ini kalau buat season 2 pun best guna new actor each episode, tapi itulah kalau drama tentera ni dia punya komitmen dahsyat dan physically exhausting dengan semua action scene.

Isu dalam military Korea ni dalam real life pun memang banyak. Satu isu lamanya service yang diwajibkan kepada semua lelaki yang berumur 18 -28 ni. Waktu umur ni kan baru nak memulakan hidup sebagai dewasa, banyak benda kena tangguh sebab nak serve the military.

Isu buli dalam tentera yang menyebabkan kematian dan bunuh diri. Isu trangender yang akhirnya dia bunuh diri. Isu dual citizenship. Isu misi ketenteraan vs Korea Utara, Isu military exemption dari kalangan chaebol dengan cara tipu masalah kesihatan, sambung belajar luar negara dll. Korea juga beri exemption pada atlet mereka tapi ramai orang tak puas hati.

Terpalit sekali nama BTS sebab katanya kementerian nak beri mereka exemption dari military atas sumbangan mereka kepada negara Korea dari banyak aspek seperti kebudayaan, pelancongan, ekonomi, hallyu dll. Masalahnya sekarang, BTS takde cakap pun tak nak serve the army tapi semua orang ( entertainment company lain, politician, wartawan ) dok komen banyak-banyak.

Me personally believe they all will go to the army ( maybe together, maybe separuh hyung line next maknae line) but they all will serve the country. But I think its good they go together as HYBe pun dah bersusun jadual waktu Covid ni buat content untuk simpanan.

Oh sorry, melalut ke BTS tiberr.

In short, this drama 6 episod je, best, sesuai untuk adult, action scene banyak, emotional scene pun ada, layakbuat season 2.

Rating

7/10

~B

Comments

  1. YEAH, Dah lama tak jenguk blog noona. Saya pun tengok cerita ni, fresh kan jalan ceritanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi! hehehe noona pun lama bebeno tak update..terima kasih sudi jenguk kami hehee

      Delete

Post a Comment