Skip to main content

Into The Ring (2020) Kdrama Review

Review drama Into The Ring

Drama romantic comedy bertemakan politik tapi chill. Drama ni gantikan slot Soul Mechanic yang noona belum dapat habiskan sebab tiber cerita tu heavy rupanya sampai rasa nak buka balik buku teks psikologi.

Sinopsis

Goo Se-Ra (Nana) adalah typical youth yang susah pegang pekerjaan sebab tidak boleh terima ketidakadilan. Tapi pekerjaan yang dia memang konsisten adalah kerja buat aduan atau report. Seorang yang cerita dan positif tapi boleh stand with her principle.

Seo Gong-Myung (Park Sung-Hoon) adalah pegawai kerajaan. Sangat efektif dalam melaksanakan tugas tapi tak mesra alam langsung. Bila dia ditukarkan jabatan, dia perlu menghadap aduan dari umum terutamanya dari Goo Se Ra. 

Goo Se Ra got this bright idea untuk menjadi Yang Berhormat (YB) sebab dengar cerita dapat gaji besar dan tidak perlu bekerja sepanjang masa. Nak dijadikan cerita, dia menang masa pemilihan dan berjaya menjadi YB dalam District Assembly.

Sekarang beliau sudah Into The Ring iaitu political ring. Kisah menjadi lebih menarik bila satu demi satu perangai sebenar ahli politik ditunjukkan. Kisah lalu yang berkaitan dengan sejarah lama terbongkar. Se Ra dan Gong rupanya adalah kawan dari kecil yang akhirnya bercinta.

Dapatkah Goo Se Ra bertahan dalam politik? Adakah dia akan buat keputusan yang betul? Boleh ke percintaan mereka diteruskan di pejabat dengan personaliti mereka yang sangat berbeza?

Review

Kalau nak tengok kisah politik tapi kelakar, inilah dramanya. The right amount of romantic, comedy and politic. Serious tak stress seperti drama Chief of Staff ( best gak drama ni).

Nana

Aku kenal Nana dari group After School (UEE pun dari group ni dan aku sangatlah suka dia berlakon dalam Ojakgyo Family dengan Joo Won) dan Orange Caramel. Sebagai idol dia memang multi talented. Lama-lama group sudah tak aktif tapi belum disband lagi, Nana aktif variety show dan seterusnya berlakon.

Sebagai kpopper zaman dulu, aku memang suspicious sikit bila idol berlakon sebab biasanya hampeh dan mengharapkan view banyak dari fans je. Rupanya tidak (TVXQ je yang berlakon hampeh except Yoochun---bukan kutuk ok noona fans diorang dari zaman berlima tau!).

Noona very the impressed dengan lakonan Nana dalam drama Kill It. Character dia dalam drama Into The Ring ni memang totally different dan menjadi. Might be very memorable seperti lakonan Nana juga berlakon dengan Choi Jin Hyuk dalam drama Justice, ha ni noona belum tengok tapi genre dia memang my taste.

Park Sung-hoon

Next male character iaitu yang dilakonkan oleh  Park Sung-hoon. Dia ni dah lama berlakon tapi dulu selalu pegang watak tambahan je seperti dalam drama Mad Dog. Chemistry dengan Se Ra memang terbaik dan menjadi dengan muka toye tapi caring dia tu. Memang layak mereka menang best couple award. 

Info taambahan, cuba tengok dalam Episod 12, lepas bercinta hairstyles Gong terus jadi stylo hahahaa. Noona tak sabar nak tengok lakonan beliau sebagai main character selepas ini. Muka macam ni bawak karakter psycho mesti menjadi jugak.

Side Character

Semua karakter tambahan dalam drama ni sangat best tapi special mention kepada dua watak kawan Se Ra. Seorang sebagai single mother dan seorang lain bisnes kedai komik. Along the way they found their true calling, malah seorang dari mereka bercita-cita untuk masuk politik juga! Karakter sangat compliment Se Ra sebagai kawan dari kecil.

Politik

Not too deep tapi a lot of the real politcs elements ada. Ada org yang memang ada politic ability seperti Gong walaupun dia tak minat malah benci pada politik dan ahli politik termasuklah ayahnya sendiri. Tapi dia memainkan peranan penting dalam mengurus politik Se Ra.

Kadang politicians hanya sekadar puppet dan ada yg lebih berkuasa menetukan keputusan dibelakang mereka. Taktik ini Gong belajar dari ayahnya yang selalu memanipulasi orang lain dan keadaan untuk kepentingan politiknya.

Politik wang memang wujud, bak kata pepatah Everyone can be bought. Bukan saja rakyat, pihak berkuasa, malah ahli politik dari parti lawan juga boleh dibeli. Sampai menggunakan sentimen tragedi keluarga untuk memenangi hati rakyat.

Clique dalam politik itu real dan lompat parti itu real. Noona ingatkan kegiatan melompat katak ini dinegara kita sahaja, rupanya diluar pun banyak buat begini. Kenapa lompat parti? Semestinya sebab seperti diatas iaitu wang.

Rating

Sebagai kesimpulan, drama ni memang best dan tak boring tengok. Tengoklah ya. Noona bagi 7.5/10
~b

Comments