Skip to main content

Citizen of a Kind ( 2024) #kdramareview #kmovie

 

Citizen of a Kind (2024) Review

Haluuu...

Macam dah lama tak tulis review. Kali ni tengok k-movie sekejap dan review pendek as usual. Sebelum tu nak bagitau haritu kalut bukak blog sebab cari review banyak hilang. Rupanya gue tulis review dalam twitter thread.

Tengoklah kalau gigih nanti copy paste kat blog,, kalau idok korang boleh ke Twitter/ X noona meroyan dan search hashtag #kdramareview . Ok lets go!

Review

Movie Korea kali ini bertajuk Citizen of a Kind, sebuah movie baru terbit. Filem ini diadaptasi dari kisah benar seorang suri rumah di Korea yang kena scam voice phishing. Ha, gitulah sinopsis dia.

Deok-Hee (dilakonkan oleh Ra Mi-Ran) bekerja di laundramat. Ibu tunggal ini membesarkan 2 anak dan ditimpa malang sebab rumah dia terbakar. Permohonan loan dia semua ditolak, dia tak mampu sewa rumah baru dan hantar anak ke tadika.

Dalam terdesak tu dia dapat panggilan telefon dari bank katanya dia layak mohon loan. Untuk proses permohonan tu kena bayar fee dan masukkan duit dalam account. Setelah berkali kali masukkan duit, dia pergi ke cawangan bank tu untuk jumpa pegawai. Masa ni baru dia tahu dia kena scam.

Bila buat report polis, polis pun tak boleh buat apa untuk pulangkan duit tu. Bukan dia sorang je yang terkena dengan pelbagai scam. Pegawai polis pun malas nak layan dia. Katanya kalau nak dapatkan balik duit tu pergilah cari tempat call center scammer tu.

Bila anak dia diambil oleh jabatan kebajikan sebab katanya mengabaikan anak-anak sebab tidur kat kilang tempat tempat kerja, Deok-hee terus tekad nak pergi cari scammer tu.

Dengan ditemani kawan sekerja dia iaitu Bong-Rim (Yum Hye-Ran auntie dari The Uncanny Counter ) dan  Sook-Ja (Jang Yoon-Ju aka akak Baek hyun woo dalam Queen of Tears) dan sedara di China iaitu Ae-Rim (Ahn Eun-Jin  aka Dr Chu dalam Hospital Playlist) mereka bekerjasama dengan Jae-Min (Gong Myung).

Jaemin ni lah yang scam Deok-Hee mula-mula tapi lepastu dia bekerjasama dengan jadi informant sebab dia tak tahu cara lain nak keluar dari kumpulan gangster ni. Dia pun kena scam konon diberi kerja rupanya kena pemerdagangan manusia.

Macam tak logik tapi itulah yang mereka lakukan masa awal-awal tu acik-acik ni sendiri pergi ke China recce kat mana call center tu. After that scene ganas sikitlah bila gangster belasah orang, tapi tak banyak pun. Memang kesetanan betul ketua kongsi gelap ni. nyawa orang mcam tu je dia pijak. Endingnya mestilah yang putih menang, tapi bitter sikit bila diberitahu ending dalam real life tu.

Rating

In short, movie yang best membuka mata kita tentang isu scam, pemerdagangan manusia merentas negara, dan rasa terdesak yang buat manusia pendek akal.

Lakonan tak perlu pertikai, semua pelakon mantap. Tontonlah

7.8/10

~B

Comments