Skip to main content

Hospital Playlist (2020) Kdrama Review

Sinopsis

Drama tentang 5 sahabat yang bekerja di Yulje Medical Center. Mereka berkawan sejak memasuki sekolah perubatan pada tahun 1999, melalui student life bersama hinggalah ke tahun 2020 bekerja ditempat yang sama. 

Short simple sinopsis, sekarang baca pulak my review dibawah.

Review

Ini info penting yang aku dapat selesai tengok Episod 1 iaitu director drama ini adalah director Reply series (Reply 1997, Reply 1994, Reply 1988) iaitu Shin Won-ho. Hint ni pun aku dapat lepas tengok nama lain untuk drama ni adalah Wise Doctor Life yang agak dekat dengan drama aku sangat suka iaitu Prison Playbook.

So ada beberapa benda kita boleh expect ada persamaan dengan Reply antaranya:

Ada scene flashback ke zaman dulu

Reply (1994,1988) adalah settingnya di zaman dahulu & watak dizaman moden sedang flashback story mereka. Playlist pula adalah setting dizaman sekarang sambil diselitkan flashback zaman muda mereka.

Setting begini lagi mudah sebab:
1-      mudah untuk director & prop nak buat keje
2-      mudah nak relate dengan banyak orang muda sekarang
3-      idea baru yang tak terlalu piggyback pada kejayaan Reply

Aku tak boleh bayang macam mana staff diorang buat kerja untuk siri Reply dulu yang kena cari detail item dari wardrobe, set tv, dapur, kereta, rumah lama, rakaman tv lama sampailah majalah dan surat khabar zaman dulu.

Playlist mudah sikit sebab zaman moden, cuma sesekali flashback zaman 80an.

Ada scene explain why something happen 

Or why they did it from their perspective. Scene ni biasanya masa diorang monologue, masa dia flashback, masa cakap dengan patient dll. Best sebab kita tahu takde isu yang kita tertanya-tanya sampai ke hujung. Ha, scene begini juga penting untuk kita kenali karakter doktor yang sebenar.

Takde karakter jahat atau antagonis

Kalau ko perasan dari semua siri Reply, takde watak antagonis jahat yang menjadi musuh atau lawan sepanjang drama. Sebaliknya sifat “jahat” itu ditunjukkan dari karakter biasa.

Ini lagi relatable sebabnya kita tak selalu pun ada musuh abadi, pembunuh upahan, buruan FBI dan sebagainya. Tapi kita adalah manusia biasa yang ada flaw, ada history, ada kekurangan, yang sering buat silap.

Dan ini yang digunakan dalam drama ni. Awal-awal tu aku expect lah jugak akan ada perebutan kuasa, politik dalaman tapi nope. Lebih kepada kekurangan dan isu individu yang kita boleh faham dan relate sebab nobody is perfect in this world.

Human side of the doctors

Benda yang jarang ditonjolkan oleh drama iaitu human side seorang doktor. Ini ayat aku sendiri yang a few time admit kat hospital & jaga keluarga di hospital iaitu " Doktor ni takde perasaan, takde perikemanusiaan!"

Maafkan aku wahai reader doktor sekalian. Kenapa aku cakap macam tu? Sebab kebanyakan doktor, jenis straight je. Dengan slamber dia kata ok yang ni takde harapan, yang ni tak boleh buat, kalau makan kena makan benda ni je.

Kira tak boleh tolak ansur. Belum lagi bila tanya doktor sakit tak? Boleh cepat balik tak? Dia kata tak janji, bergantung banyak benda, kita tengok dulu macam mana. Takde pun nak cakap tak sakit, nanti sembuh, kasi harapan ke kan.

Punyalah kita (akulah tu) geram kat doktor sampai terlupa diorang pun manusia juga macam kita. Kena hadap banyak benda, yang ada limitnya, yang boleh stress, keluar air mata, penat, takde life.

Satu perkataan yang aku nak sebutkan kat sini adalah empati. Empati ni tak sama dengan simpati. Inilah yang ditonjolkan dalam drama ni, doktor tak boleh terlalu simpati dengan pesakit sebab mereka perlu ada clear thinking untuk buat keputusan terbaik dalam masa tersingkat.

Tapi all the doctors, even the nurses pun sebenarnya empati pada pesakit mereka. Empati maksudnya mereka dengar, mereka faham perasaan pesakit. Kat sinilah nampak compassion atau kasih sayang kemanusian tu.

Serious life issue tapi dihandle dengan Wise (hence the title), not taking things too serious and enjoying their life. Aku rasa life lesson paling penting drama ni adalah
Dont take life seriously. Sometimes you just have to laugh at your problems, knowing its not the end of everything

Isu perubatan

Disebabkan setting cerita ni adalah zaman sekarang, medical issue dan personal issue yang dibawak adalah relevan dan semasa. Macam kes derma organ, kes orang kaya menipu sakit, kes orang asing cedera tapi hospital tak nak cover, hantar anak ke hospital patah tangan katanya jatuh rupanya kes penderaan kanak-kanak,orang kaya menyorok konon sakit kat hospital untuk raih simpati masyarakat lepas buat hal etc.

There are people gain new life thanks to you. Hospital Playlist (2020)

Tengok diorang handle, explain medical term dan kaedah perubatan pun nampak realistic sampai ada siri real doctor react to medical issue dalam drama ni. Tengok sini doktor sebenar explain, best.

Relatable

Waktu doktor ini semua profesional dalam bidang masing-masing, namun sebagai manusia biasa mereka juga berdepan isu peribadi. Personal issue macam ex lama kembali, parents nak cerai, sendiri kena cerai, suka dengan orang yang dah kenal lama, hubungan emak anak yang tak rapat etc. 


This kid stole the show fosho

Opkos tak relatable dan real jaman now kalau tak disebut nama BTS & Army terselit. Salah seorang doktor ni ada minat BTS, sebab tu dia baik dengan doktor dari department lain sebab sesama Army, siap pakai pin Koya dan Dr Ikjun yang penuh sense tu belanja dia minum kopi Babinski BTS. Win sangat haha

Drama ni buat aku sedih sebab sob bestnya ada kawan dari zaman study belia sampai zaman kerja sekarang. FRIENDSHIP teguh! Jealous ok. Lagi satu jealous sebab pergh berjayanya mereka semua. Time main, enjoy hidup. Time kerja, semua pro. Aku dah bertahun habis belajar pun level gitu je pastu tak guna pun degree semua huhu. Semua professor wei ( tak taulah dalam real life ada tak gini) tapi still, aku inspired pun ada segan pun ada.

Love Line

Mengambil pengajaran dari kisah Reply yang lepas, aku decide untuk tidak ship any couple coz that shit hurt ok (Ryu Jun yeol i still root for you!). Tapi ada beberapa love line yang kita dok tunggu dari awal seperti Winter Couple yang berjaya diakhir episod. Ada juga yang takde jodoh walaupun effort tu ada, but still ok sebab real kot kadang kita kena reject, kadang kita yang reject orang.

Yang penting love line dia tak dipaksa-paksa, tak rush dan ada chemistry. Lagipun love story is not the main thing in this drama.

Tak tau ship diorang nama apa, aku panggil Rain couple lah

Pelakon semua best belaka

Jo Jung-suk (Exit) , Yoo Yeon-seok , Jung Kyung-ho (Live on Mars, Prison Playbook) Kim Dae-myung, Jeon Mi-do. 3 watak utama drama ni agak terkenal dalam kalangan peminat kdrama. Yang lain, tak pernah nampak berlakon pun.

Ini info yang dapat dari interview cast iaitu most of the actor dalam drama ini asalnya background teater. Director drama ni emang terkenal suka ambil pelakon baru dalam drama beliau. Sebab tu kita akan perasan banyak muka baru yang tak familiar tapi lakonan masing-masing berkesan. Antaranya adalah watak Song hwa lakonan Jeon Mi-do.

Unnie, berlakonlah drama lagi..i like

There are types of people in this world. One, happiest when eating something good. Two, happiest when eating alone. Third, happiest when they see other people enjoy the food. 

Watak dia antara yang aku paling suka. Carian di Wiki tak banyak info tapi aku jumpa video ni ada stori background Mi-do. Umur dia sebenarnya dah 40 wei tapi muka muda belia. 

Director ni juga suka bawak pelakon dia berlakon dalam drama lain macam Kyung-ho dari Prison Playbook, Yeon-seok dari Reply 1994, cameo pun banyak dari pelakon yang pernah berlakon dalam drama sama. Ini petanda director ni disenangi para pelakon.

Pelakon Tambahan 

Ini pun karakteristik drama series ni iaitu pelakon tambahan diberi peluang menyinar, ada isu mereka, ada relation dengan main character dan ada endingnya. Punya ramai pelakon tambahan dia tapi karakter mereka penting juga, ada fungsi dan bukan sekadar memenuhkan skrin.

Ko tengok je kat Youtube channel ni dia ada buat video pasal sejarah pelakon drama ni 

Cameo dia pun bukan kaleng-kaleng ada sikit dari cerita reply & bawak karakter sama,  ada cameo power abang kakak Yeon seok dalam episode 1 dan banyak lagi.

Kenapa Tajuk Dia Playlist?

Gang ni ada band sendiri yang akan main suka-suka lepas habis kerja.  Pilihan lagu mereka adalah lagu zaman dulu-dulu yang nostalgik dan ada kenangan (ini yang flashback ke zaman belajar tu). Lagu-lagu pilihan inilah playlist mereka yang aku rasa menggambarkan tema dalam setiap episode.

Omggggg last episode punya lagu ni lagu fav kuuu..

Setiap episod, kita akan mendengar satu lagu baru. Maknanya 12 episod kita ada 12 buah lagu. Jadi life mereka boleh disimpulkan dari playlist lagu ini.

Story of their life in a music playlist. 

Ada masa nanti aku nak tengok balik lagu dalam setiap episode tu punya lirik. Also, aku ada buat Youtube playlist lagu original yang diorang nyanyi tu. Giler klasik lah lagu-lagu ni, check out Playlist tu kat sini 


Aku percaya kalau boleh faham bahasa Korea, lagi feeling dengar playlist ni.

Next Series Pls

Walaupun setiap episod panjang ( 1.5 hours, drama biasa 1 hour ) tapi sedih Hospital Playlist ada 12 episod je, Prison ada 16 episod tau. Namun, hasil kajian aku dapati drama ini adalah siri kedua Wise Life series ( yang pertama Prison Playbook).  Kiranya confirm akan ada siri ketiga oh yes!

Pengumuman ni diepisod akhir sangat mengembirakan. Year 2021, cuma beberapa ratus hari je kena tunggu.


Something to look forward to in 2021

 


Rating

Must watch kdrama dicelah-celah keghairahan orang tengok The World Of The Married ( aku tak tengok lagi) 

9.5/10

~B