Skip to main content

Our Blooming Youth (2023) #kdramareview

 

Our Blooming Youth (2023) #kdramareview

Haiiiii.

Julai 2024 hidup saya huru hara sedikit. Beberap drama tak habis tengok lagi. But this one, I manage to finish, so here some review for this drama. 

Sinopsis

Putera Mahkota Lee Hwan (Hyunsik) menggantikan abangnya yang mati. Selepas ditabalkan, hidupnya tidak tenang kerana dia dapat ghost letter yang mengatakan nasibnya tidak selamat selepas ini. Hwan ada tok guru/ master dan dijadikan cerita, master dan seluruh ahli keluargnya mati kecuali anak perempuannya. Anak perempuan bernama Min Jae-yi ini dituuduh membunuh ahli keluarganya.

Jae yi dan Hwan sebenarnya pernah berkawan semasa muda bila Hwan pergi berjumpa gurunya bersama bestie yang menjadi pegawai kanan istana. 

Review

Seperti biasa, merekomen diri sendiri untuk tonton drama ni sebab tengok previous drama pelakonnya. Kali ini kita ikut trail  Park Hyung-sik dari drama Doctor Slump. Menarik jugak tengok dia dalam drama cerita lama selain Hwarang. Watak dia dalam drama ni payah sikit nak nampak senyum.

BFF anak raja iaitu Han Seong-on dilakonkan oleh Yoon Jong-seok. Lakonan dia best tapi tak pernah jadi lead. Latest nampak dia dalam drama Like Flowers in Sand. Jeon So-nee as Min Jae-yi ada dalam drama Encounter tapi itulah drama Bogum ni payah sikit nak tengok sampai habis..huhuhu. Pyo Ye-jin as Jang Ga-ram, bff Jae-yi ni aku suka chemistry dengan side character satu lagi iaitu  Lee Tae-sun as Kim Myung-jin. Garam ni best lakonan dia dalam Taxi Driver. 

Review pasal cerita drama ni best sebenarnya. Tapi towards the end, nampak  sangat rush nak selesaikan konflik. Drama ni kira panjang 20 episod berbanding 16 episod drama biasa. Mula-mula tak rasa drag pun cerita ni, tapi hujung-hujung dalam last 3 episod baru nak climax cerita. After that macam terkejar nak ending. Pastu endingnya happy la tapi entahlah rasa gitu je.

To be honest pada akulah takde loveline pun takpe, it does not change anything yang major pun. 

Dan as usual, we are in team second lead walaupun sebelah tangan je bertepuk. Juga suka chemistry 2nd couple dari main couple, sorry Hyunsik.

Rating

Kesimpulannya. jika ada masa bolehlah tengok. Not bad, but not up there for me.

6/10

~b

Comments