Skip to main content

Like Flowers in Sand #kdramareview

 

Like Flowers in Sand #kdramareview

Introduction

Suspicious betul sis, rasanya dah pernah tulis review pasal drama ni tapi tak jumpa pulak kat draft atau notepad. Kita kongsi apa yang ingat jelah ye. Drama ni aku tengok back-to-back dengan drama dia yang lain iaitu Oasis, My Man is Cupid. Suka semua lakonan drama lain dia seperti Search dan Tale of Nokdu yang pernah direview.

Sinopsis 

Drama ini berkisar tentant Kim Baekdu seorang atlet ssireum dari sebuah kampung Geosan. Dia berada dalam slump selepas memenangi kejuaraan masa muda. Sejak tu dia tak pernah dapat Gold medal atau menang nombor 1. Famili dia memang semua atltt ssireum, malah satu kampung memang minat sukan ni. 

Satu hari, kampung yang aman damai ini digemparkan dengan jenayah pembunuhan. Tak lama kemdian jurulatih kelab ssireum pun dijumpai mati. Lepas satu-satu kejadian misteri berlaku. Satu hari kelab ssireum bawa masuk pengurus baru, tapi pengurus ini seorang perempuan. 

Sebenarnya pengurus ini ada sejarah lama di kampung Geosan. Walaupun dia cuba menyamar, Baekdu adalah orang pertama yang kenal siapa pengurus ini sebenarnya.

Review


I'm loving the vibe of the drama. Cukup rencah ada misteri, ada jenayah, ada sukan, ada slice of life, ada rural beautiful scene, ada comedy, ada love line. Cukup semuanya. Kalau nak explain vibe dia macam When the Camellia Blooms campur dengan Hometown Chachacha.

Watak Baekdu sangat innocently comel. Awkward shy-shy cat dia, gigi rabbit dia semua comel. Bila tengok behind the scene, baru nampak betapa dia struggle sebab kena berlatih seperti atlet, berlakon lagi, kena tambah berat badan lagi.

Chemistry dengan Lee Ju-myoung memang best, Even luar camera pun tengok ngam diorang dan pelakon-pelakon lain di scene. Watak dia yang paling memorable haruslah dalam drama Twenty-Five Twenty-One

Rating


Bertabah sis tunggu setiap minggu sebab tengok drama ni on-going di Netflix, but it was worth the wait and the hype. Drama best wajib tonton.

8/10

Sekian, adios
~b

Comments