Skip to main content

THE PORK CUTLETS (2024) #KMOVIE

THE PORK CUTLETS (2024) #KMOVIE 

Tak tau nak panggil short drama ke short filem sebab cerita ni 2 episod je, 1 hour each. Mini series la kot. Cakap awal-awal nah, cerita kelakar recommended untuk chill.

Sinopsis


Ketua kampung Onghwa ni dah ada 3 orang anak. Tiba-tiba isterinya mengandung kembar lagi. Lepas itu, isteri dia tak mau anak lagi dan minta suaminya buat vasectomy. Dalam masa yang sama, ada seekor anjing iaitu Baekgu buat hal lagi. Dia dok suka tenung Sharon, anjing baru dari bandar.

Baekgu ni bapak kepada banyak anak anjing dikampungnya. Memang playboy habis. Sampai bergaduh orang kampung bila Baekgu terlepas dari ikatan dan merayap pi rumah orang lain. Punyalah legend anjing ni sampai rancangan TV nak buat liputan kalau anjing ini disunatkan. Jadinya dua makhluk subur kampung ini dalam dilema.

Ketua kampung akhirnya setuju jalani prosedur sementara Baekgu tunggu masa. Pagi itu mereka ke bandar dan bertembung tuan Baekgu yang bawa cucunya ke bandar untuk makan pork cutlet. Habis 15 minit prosedur vasectomy dan mereka pergi kedai makan lalu bertembung cucu nenek yang kena sunat juga. They bond over their pain 😂

Time goes by dan the twins boys dah lahir. Sementara itu anjing Casanova masih tak dijumpai. Sebenarnya cucu itu yang sembunyikan Baekgu sebab dia faham perasaan kena sunat 😂

Tiba-tiba isteri ketua kampung muntah-muntah. Sekali lagi episod tunggu depan pintu bilik air dan menjerit, sebab somehow Ibu anak 5 ni mengandung lagi. Ketua kampung frust, confused sebab dia dah buang, macam mana isteri boleh pregnant lagi??

Ok sampai situ je cerita. Nak tahu sambungan tengok sendiri hehehe. Ala bukan lama pun 1 episode 1jam, total 2 episod.

Pelakon


Ketua kampung dilakonkan olehJung Sang-Hoon. Karakter komedi best kat dia macam dalam SNL Korea. Drama lama dia yang aku ingat Team Bulldog: Off-duty Investigation dan yang latest dalam Twinkling Watermelon jadi pakcik kedai music misteri. Pelakon semua nice termasuk yang jadi cucu nenek. Nenek pula Kim Young-Ok, nenek kegemaran Kdrama.

Review

Genre komedi kampung gini memang best. Pelakon biasa dengan bakat luar biasa. Rasanya yang paling familiar muka neneknya.

Duration tak lama. Cerita tak heavy tapi bawa tema yang agak taboo dalam kalangan masyarakat iaitu vasectomy. Luar jangka tema ni sebab Korea sekarang dah level kekurangan baby baru lahir.

8/10

In short, kelakar, tak heavy, sesuai tontonan keluarga weekend.

~B

Comments