Skip to main content

Dance Sports Girls (2018) #kdramareview

Dance Sports Girls (2018)  #kdramareview


Intro:

Jumpa drama ni masa tengah cari teen life drama untuk cuci kepala otak lepas binge cerita berat Judge from Hell. Tak sangka pulak drama ni rare gem. Lowkey, tapi meaningful gila. Nak lagi best, dia based on real people dari dokumentari KBS 🥹👉 link sini kalau nak tengok original version.


Sinopsis:

Cerita ni follow sekumpulan budak perempuan sekolah menengah dekat Geoje — tempat shipyard jadi nadi utama bandar. Diorang tengah struggle dengan exam, masa depan, and of course realiti nak kerja lepas sekolah. Dalam tekanan tu, diorang decide nak cuba masuk kelab dance sports — bukan sebab minat sangat pun mula-mula, tapi sebab nak lari dari tekanan hidup.

Tapi dari situ lah mula nampak perubahan — persahabatan, keyakinan diri, dan impian yang slowly berkembang. Bukan cerita nak jadi idol, tapi cerita budak biasa yang nak ada masa depan dan peluang lain dari sekadar kerja kilang.


Review:

Yang buat drama ni padu — vibe dia raw dan real, tak try hard nak dramatik. Shoot pun mostly dekat kawasan luar bandar, sama feel macam Like Flower in the Sand (Dong-yoon pun ada main judo kat situ kan 😆). Feel "kampung" dia lejen. Dongyoon ni dah kira bias kdrama aku, sila la stalk lakonan dia dalam blog ni.

Part dance sports tu memang bukan fokus utama pun, tapi jadi simbol untuk semua karakter grow. Realiti budak perempuan yang tak semua dapat peluang, tapi gigih cari makna dalam hidup. Ada mention pasal BRTS jugak (naik nostalgia zaman tu haha).


Pelakon & Lakonan:

🎓 Kim Kap-Soo – Muka dia memang cikgu. Lakonan dia tenang, tapi deep. Tak over tapi impactful.

👧 Park Se-wan – Dia ni sekarang main dalam Seoul Buster, dulu pun dah power. Wajah dia memang sesuai watak budak kampung tapi bersemangat.

🏃‍♂️ Jang Dong-Yoon – Tetiba muncul tapi serasi je dalam suasana sekolah & semi-rural ni. Dia pun biasa dengan cerita vibe luar bandar, nampak natural.

🧃 Kim Sun-Young – Legend mak cik! Kalau dia ada dalam satu drama, confirm watak dia bukan filler. 

Rating:

8/10 — cerita simple tapi masuk hati. Tak banyak drama flashy tapi penuh makna. Realisme + lokasi cantik + pelakon bersahaja.


Kesimpulan:

Kalau korang tengah nak lari dari drama berat, nak tengok cerita yang menyentuh tapi tak overly sad, Dance Sports Girls patut masuk watchlist. 6 episod je. Sekejap, padat, dan buat kita hargai realiti budak-budak biasa kat tempat yang tak semua orang pandang.

Comments