Skip to main content

Mr. Plankton #kmoviereview

Mr. Plankton #kmoviereview

 Intro:

Cerita ni underrated kot tapi best gila sebenarnya. Action scene dia ngam, komedi ada, slice of life yang menyentap, dan paling penting kisah pencarian asal usul yang menyakitkan tapi meaningful. Haejo ni jenis watak yang kalau hang kenal in real life, hang rasa nak peluk ja tapi dia tak suka peluk orang.


Sinopsis:

Haejo (Woo Dohwan) ni tak tau asal dari mana. Macam plankton, hanyut ke sana sini tanpa arah. Dia tau dia hasil IVF tapi nama bapa pun takde dalam sistem. Bila dia tahu dia anak sakit terminal, dia decide untuk cari siapa bapa kandungnya. Masa tu dia cari balik ex dia untuk teman dia in his journey mencari bapa kandungnya.Tapi plot twist — dia pi cari masa ex dia tengah nak kahwin dengan orang lain! HANG GILA KA.

Ex dia, Jaemi (Lee Yoomi) pun bukan sembarangan. Awat entah dia ikut si Haejo ni road trip cari ayah. Dalam perjalanan tu, dua-dua mula ingat balik kenapa depa pernah sayang sesama sendiri sayang. Tapi hidup bukan manis sangat — masa jumpa ayah sebenar, lain pulak jadinya. Ayah tu mula-mula nampak penyayang, last-last nak curi duit buat judi. Hampeh tahap dewa!


Review:

Cerita ni power dari segi pacing. Tak draggy, tak terlalu drama meleret. Komedi selit-selit je tapi kena pada tempat. Aksi pun ada walau bukan fokus utama. Dohwan punya action scene tak perlu nak pertikai.  Tapi emosi? Sentap. Lagi-lagi masa ayah tu cakap " it must be hard to grow up by yourself all alone, but here you are."  siap janji, “I’ll give my arm for you,” pastu pi buat taik. Fuhh sakit hati takleh move on. 😤

Latar belakang dua watak utama sama gelap, sama kosong. Tapi depa saling isi kekosongan tu. Yang paling best — walau ex, tapi cinta tu tak mati. Selain tu, side karakter dia iaitu bakal suami Jaemi pun function jugak. In the end, its a "life road trip" untuk ketiga-tiga mereka untuk mencari dan mengenal diri.


Lakonan:

Woo Dohwan macam biasa, tak pernah tak deliver. Lepas Tempted, Mad Dog dia datang balik dengan watak yang subtle tapi deep gila. Lee Yoomi pun makin mantap sejak Squid Game, vibe dia macam tenang tapi banyak luka dalam hati. Chemistry dua orang ni bukan biasa-biasa.


Rating:

8/10 🥲💔


Nak baca review style macam ni lagi? Jom singgah blog Noona Meroyan — tempat meroyan drama & movie secara berjemaah 😎

Comments