Skip to main content

The Practical Guide to Love #kdramareview

 

The Practical Guide to Love #kdramareview 

Sinopsis 

Cerita pasal Lee Ui-Yeong (Han Ji-Min) bekerja di hotel bahagian purchasing (spesific tau sebab nampak cara dan function diorang bekerja) Dia pi blind date sebab dah 30s tapi tak kawen lagi ( masalah sejagat betul la) 

Dia pi  date dengan Song Tae-Seop (Park Sung-Hoon) lepas tu Shin Ji-Soo (Lee Ki-Taek). Dua orang ni contra giler.  Tae-Seop ada syarikat interior design ke woodworking gitu. Nampak tenang, chill, soft je tapi actually mental dia seterong. Biasalah orang dah steady dengan kerjaya and nak bina family dah. Tapi disebabkan busy kerja dan timing both of them yang lari sikit, hampirlah takde 2nd date. 

Masa tiada communication lepas 1st date tu, Uiyeong dah stress dan agree for blind date lain. Ini kali dapat orang muda sikit, free spirit, adventurous man. Plot twist, sebenarnya dia amek job pi blind date ganti mamat lain haha. Tapi  dia terus terang awal dan persahabatan diteruskan. Kat sini selalu orang sangkut sebab adrenalin and excitement dengan orang begini. 

Disebabkan dia muda, ada conflict dengan family sendiri dan nak bangunkan career semula. He want to start living live seriously sampai jual motor and angkat kereta, pi audition dan face his family yang dia tak nak mengaku tu. 

Antara dua pilihan

Masa ni Uiyeong berkawan dengan mereka berdua dengan prospect untuk be more than friends. After that the ball is in Uiyeong court. Dia kena decide siapa yang dia nak. Masa ni nampak matang Taeseop yang tak nekan-nekan. Bagi space dan masa after proving himself. Pegang pada janji. Effort and tak try hard. Jisoo pun not bad actually sebab nampak dia face his issue dan nampak lebih serious dengan hidup.

Satu karakter Uiyeong yang aku rasa relatable adalah tanya soalan serious tentang hidup begitu saja. Kalau aku tetiba tanya soalan deep tapi random, itu biasa muahaha. 2 scene dia tanya soalan penting. 1, how to know who to choose. Tips adalah spend more time and then you will find yourself looking forward to someone. 2, when you know its the right time. Jawapannya maybe when you are sure about that person. When are you sure about that person? Back to soalan 1.

Jisoo walaupun free spirit gitu, gentle and know when to stop pushing. Paling terkesan bila Ji-Soo contact Tae-Seop  his rival untuk selamatkan Ui-Yeong. Sebabnya dia janji untuk tak langgar boundaries sebab Ui-Yeong  dah pilih Taeseop. What a gentleman!

Ini style adult bercinta. Beri update few times a day, sibuk dengan kerja seharian, make time untuk jumpa weekend. Begitu realistic.

Arch development cerita ni macam lain sikit. The first half focus Uiyeong dengan which men she will choose, the second half adalah family conflict dalam family Uiyeong dan Jisoo. I loke how the conflict resolve dengan cara matang dan realistic.

Side character dia best. First sebab manager hotel di bawa oleh senior actor Kim Won-Hae. Kalau uncle ni ada, drama tu mesti script ok. Kawan baik Uiyeong iaitu Hyun-Min pulak dengan Seung-Joon ( berlakon drama The Winning Try) selalu pegang watak atlet, student or orang jahat. Sini dia bff & ngam soi dengan bff kat hotel dia. Relationship ni pun ada development walaupun side character je.

Park Sung-Hoon ni aku suka dia berlakon. Watak jahat (Queen of Tears, The Glory) ke watak baik (Into The Ring/Memorials, Not Others ) ke semua ngam tapi aku suka watak protagonist la.  Han Jimin pun senior actress & berlakon dengan Sunghoon ni umur lebih kurang, so chemistry nampak real. Senarai filem and drama memasing berjela-jela, so acting wise no issue.

Rating

7.8/10

~B

Comments