Skip to main content

2026 CNBLUE LIVE WORLD TOUR ‘3LOGY’ IN KUALA LUMPUR

2026 CNBLUE LIVE WORLD TOUR ‘3LOGY’ IN KUALA LUMPUR

Akhirnya kita membuat artikel pasal concert. Sebelum terlupa, boleh tengok video concert di youtube dan IG noona.

Sabtu 11/4/2026 6PM at Mega Star Arena, Sungei Wang Plaza. Ini detailsnya. Tiket ini adalah satu perjuangan sebab kami as in aku (Noona B) dan Noona HQ and my sister menang contest. Sebagai bangsa #konteskpop haruslah mencuba nasib dan alhamdulliah modal RM80 dapat tiket. Dulu rajin aku kongsi #konteskpop kat kat X, kadang IG. 

Maybe disebabkan aku masuk untuk week seminggu awal dari HQ and my sis, aku dapat tiket belah depan Code Name L dan diorang berdua dapat belah belakang. Actually concert kali ini mengimbau kenangan last concert CNBlue yang kami bertiga pergi di Malaysia 13 tahun lepas.

Last concert CNBLUE kami pergi in 2013

Untuk flashback concert lama, tak jumpa lak article masa tu, maybe nanti aku snap gambar letak sini. P/s : tshirt concert Samsung bagi free masa tu high quality nok, sampai sekarang elok tshirt tak koyak pun. 

Oklah kembali kita ke tahun 2026. Masa tarikh ni ada few concert kat KL juga dan timing open house. Sebagai adult yang function, pagi tu tetaplah HQ pi open house dan kami berjumpa di Salak Tinggi.

Malam sebelum tu dah prepare untuk perjuangan concert kpop esok antaranya:

  • clear phone memory 
  • top-up Tng card
  • cas bateri phone full
  • makan heavy & minum air
  • bawa power bank
  • bawa meds ( panadol, minyak angin, koyok)

Masih lagi tak biasa pi concert berdress code, tapi kami cuba follow dresscode dengan baju casual berwarna orange, black, brown. Perjalanan dari 

  • • ERL Salak Tinggi - KL Sentral RM 16.50 30 min every 20min
  • •KL Sentral- Monorail Bukit Bintang & walk to Sungei Wang Plaza 

Sesampainya kami ke Sungei Wang Plaza, first acara adalah redeem ticket. Jadi isu gak masa before concert katanya pemenang contest Nivea mengambil hak orang beli tiket biasa, tapi actually tidak pun dan express lane tu untuk redeem ticket je kot. Kiranya beratur lane lain untuk redeem ticket. Rasanyalah sebab kami pun sampai lewat, terus pi kaunter redeem ticket 

Gitu je wristband color

Dapatlah wristband color dengan nama organizer. Sepatah pun takde perkataan CNBlue, apoo malas beno nak print custom untuk concert.  Pastu dapat satu set photocard. Tak feel la concert tak dapat physical ticket ni. Kena buat custom & print sendiri untuk souvenir. 

Satu lagi nak cakap pasal freebies. Ada yang cakap tak nak bagi freebies pada Nivea winner , pastu ada Boice lain cakap ha biar orang tengok fandom tua tapi ...Hahah aku sekadar membaca, tak nak mengeruhkan keadaan. Freebies adalah hak memasing, kesianlah kami winner tapi memang minat CNBlue dianaktirikan. Masa hari kejadian dapat juga few freebies, orang bagi je.

Latte mune (zaman dulu) freebies tu seperti namanya, cenderamata free mostly handmade yang dibuat fans untuk dikongsi pada fans lain untuk kenangan concert. Tu je.  Sekarang aku tengok ada freebies yang kena reserve la, ada yang mintak Like, Followsocmed dulu, ada yang strictly nak bertukar freebies. Up to them nak bagi sapa and syarat apa pun as long as dibagitau, disetujui dan dan dihargai. 

Disebabkan tiket aku lagi mahai  (kaler oren )hehe, dapat masuk Soundcheck. Wah baru terpikir akan tercapailah salah satu Bingo Kpop aku iaitu masuk Soundcheck, namun..namun kita chill jap.

Kami pi cari surau dulu sebab nak dekat pukul 3. Orang kata surau Level 5, masuk lift nak tekan tapi nombornya sampai no 3 je Rokiah. Try jelah pi tingkat 3. Rupanya kena pi Level 3, pastu cari MRDIY pastu cari tangga dekat situ. Naik 2 tingkat manual dan jumpalah suraunya. Kecik tapi elok je tempat wuduk, telekung dan sejadah ada. 

Habis solat aku pi ke area entrance untuk masuk soundcheck. HQ pi cari toilet & air. Plan asal lepas soundcheck, aku keluar balik dan re-entry sama diorang. Namun sis confused sebab entry lain ikut tiket, maka turun sekejap. Pastu dah jumpa tempat nak masuk soundcheck, tengok fans dan lepak-lepak kat side tepi.

Sebagai warga berumur, aku pun duduk sekejap tunggu jap sebab tengok semua orang chill tak beratur ke apa. HQ camne pusing, dia sampai sini gak dan tanya tak masuk lagi ke? Awat nampak ada orang kat dalam tapi dah bertutup entrancenya? 

Aku jawab entah, staff kot. Aku tak beli air masa ni sebab nanti kena letak luar. Ha tengok kat table tu. Pastu after a few minute, baru terpikir and pi la kat entrance yang dan ditutup itu & tunggu staff security mai. 

Bertanyalah gue dengan nada ingin tahu, soundcheck dah masuk ke? Dah masuk tadi. Boleh masuk lagi tak? Eh dah tak boleh. Nanti que untuk concert nanti. Aduh hahaha berhuhulah aku didepan entrance itu. Kedengaran bunyi soundcheck dari dalam. Dan begitu sahaja aku terlepas soundcheck. Berhuhu aku sendirian. 

Otak aku finally click bila tengok bersusun botol air kat table tepi entrance tu maksudnya orangnya dah masuk dan kena tinggal botol air kat luar. Lepas terpikir nilah baru aku tanya security tu. Punyalah selow. Bila tengok balik gambar barulah nampak dah tulis cut-off que, pastu open door pastu soundcheck start. Kitonyo tak pernah pi soundcheck, manalah tau kena duduk dalam que and start souncheck tu maksudnya dah berada kat dalam.  

Nampak gak orang ambil gambar kosong tempat masa que untuk soundcheck dan kata ni mesti winner Nivea yang tak minat pun CNBlue. Ooo baru tau ada que siap tampal number, sorry la sayanya datang lambat, nak pi cari surau, cari toilet, cari air, confused entrance. Tau2 dah terlepas, bukan sengaja tak nak pi soundcheck.

As usual beratur dan mintak tolong orang lain snapkan gambar dengan pose millenial

Tak lama lepas tu adikku mai dan kami mengubat hati dengan minum kopi HWC dan ambil gambar dengan cutout CNBLUE. Pastu terus beratur untuk re-entry sama je pun entrancenya. Sebelum masuk tu sis dah minum kopi, pastu 100plus, air mineral, telan panadol dan diakhiri dengan sapu minyak angin. Complete set seorang akak millenial pi concert. 

Peace je pandai

Masuk dalam awai lagi la pulak tapi dah penuh je seat dan bahagian bawah sebab diorang stay lepas soundcheck. HQ dan adik aku satu zone dan dah jumpa. Sis sorang terkapai-kapai kat depan. Nak selfie pun tak reti, awkard nya lahai. Sorang Boice yang juga datang sorang offer amekan gambar thank you. 

Depan screen betul, tapi masa performance tak tengok sini pun

View level bawah from the very back

Ni first time kami pi venue Mega Star Arena and not bad zone depan ni. Orang pun tak tersepit la side tepi ni, yang tengah tu maybe rapat orang. Dalam venue ada jual mineral, juice oren tapi harga dasat tapi at least takde la dehydrated. Toilet pun ada bersih sebab cleaner sentiasa ada kat dalam. Untuk solat pulak katanya boleh keluar kat foyer disediakan ruang. Ni aku tak dapat confirmkan sebab jamak.

Perfomance

Untuk feel concert, aku dengar concert setlist berkali-kali sebab kali ni banyak lagu baru dan album baru. Sis Boice zaman Banmal song wei, lama sangat tak updatenya, so kena effort sikit.

Performance best je lagu baru pun semua masuk. Lagu lama macam Loner, LOVE, Intuition memang confirm la nyanyi full voice dengan Boice lain plus pakej melompat. Pada aku lagu baru yang slow sikit tu je orang macam nak tertidur dibuai perasaan. Part aku suka bila Yonghwa goreng gitar dan layan keyboard. Boleh tahan gegor bass.

Disebabkan aku tak reti duduk diam sepanjang concert, Boice sebelah siap tunduk dan tanya aku ok ke sebab dari tangan ke atas, badan gerak-gerak, menjerit tetiba aku duduk ke lantai. Kaki cram nok hahahha. TQ Boice yang prihatin.

Setelah bertenang, kenalah keluarkan minyak angin sapu betis hahaha. Adoi terasa stamina dah kurang sekarang. After that concert diteruskan seperti biasa. Also nak hujung-hujung concert ada staff tanya siapa nak air dan dibagi free. Oh em gee, terima kasihlah dapat air, baiknya hati sambil bayangkan medic staff WTL Bangkok tak bagi pun air walaupun aku dah nak pengsan dehydrated.


 

 Sound ok, staff ok, venue ok tapi lambat lak dia bukak cooler angin dah nak habis concert baru terasa belah tepi ni. Tapi katanya EO cepat tutup aircond lepas habis concert padahal kena tunggu Bye Session.

Yonghwa as usual maintain hensem, suara sedap steady, fans interaction pun ada, guitar pick nampak banyak dia baling. Jungshin side sebelah sana dan kurang ke sini. Minhyuk dah hujung ada dia mai side sini tapi jauh la jugak kalau nak tengok direct. 





Mungkin disebabkan kami tak beratur masa redeem ticket dan datang lambat, tak dapat pun handbanner, glow bracelet dan rasanya macam tak berapa jadi fan eventnya.

Rasanya masalah distribution kit. Maybe fanbase distribute sendiri instead of staff tolong pass untuk each ticket holder. Maybe ada certain place, time yang fans boleh redeem lagi-lagi untuk standing ticket. Tapi kalau dah terlepas time, dah terlambat macam kami dan tak kenal fanbase punya orang acaner. 

Masa standby kat zone adalah sorang fanbase kot tanya, dah dapat kit? Tapi tak beriya sangat, kitonyo introvert ko pikir aku yakin nak ke depan mintak? huhuu. Glow bracelet tu ekceli tak berapa best sebab eh sakit mata dan kacau video .

Also masa Bye session kena lelaju jalan, tak boleh recording, tak boleh sentuh, hi5, tak boleh bagi hadiah, letter. Semualah tak boleh senang cter. 




Masa encore pun tak dapat lagu banyak, concert cepat habis. Boice yang pergi concert before this, concert stop lain, solo concert bandingkan dan kata concert kalini kureng sikit. Untuk aku yang last concert with them is 13 years ago, its all good haha.

Dah habis concert, maybe Boice Malaysia berbunyi kat socmed, Yonghwa update dalam Weverse dia kurang sihat rupanya. Loh, baru kutahu ada dalam Weverse. Pastu concert kat Jakarta and he is so happy, perform lama kat situ. lagilah MyBoice jeles huhu.

Agak lama jugak aku menunggu HQ keluar dari Bye Session, so aku melepek kat dinding luar. Barulah nampak fans lain punya dressup, ada yang macam cikgu sukan rumah oren, ada yang dress merelip, platform shoe mesti ada tapi takde yang seksi amat. Mostly Malaysian rasanya. 

Sempat la juga tengok satu group duduk dalam bulatan, pass sepapan panadol pada member. Dengar conversation pun pasal tempat kerja, pasal jadual amek anak, sapa jaga anak tadi. Hahaha beza ya dengan fandom yang dipenuhi anak muda & gen z.

Conclusion, concert yang best, puas hati, will go again.

Playlist Concert Fancam

2026 CNBLUE 3LOGY IN KUALA LUMPUR SETLIST

  • Ready, Set, Go!
  • Catch Me
  • Racer
  • Nothing
  • Intuition
  • Low Key
  • 99%
  • Bliss
  • Domino
  • Radio
  • LOVE
  • Little Things
  • The Temperature of Memory
  • Then, Now and Forever
  • Still, a Flower
  • To The Moon And Back
  • Between Us
  • I'm Sorry
  • Killer Joy 
  • I'm a Loner
  • You're So Fine
  • Again
  • Anthem of Life
  • A Sleepless Night

~B

Comments