Skip to main content

Enhypen Walk The Line World Tour 2025 in Thailand

 

Enhypen Walk The Line World Tour 2025
June 21, 2025 Bangkok Thailand Rajamangala National Stadium

Hi, hello everybody. Setelah berbulan, baru nak dapat hidayah untuk tulis catatan ni. Haruslah ditulis sebab kenangan rare and also as peringatan for next-next time. 

Kisah bermula jauh bulan Mei bila Noona HQ beli album Enhypen untuk masuk lucky draw soundcheck concert  Walk The Line (WTL) di Bangkok. Sebagai sahabat, aku support pembelian ini. Tak menang kontes pun takpe, at least ada album fizikal Desire-Unleash diorang. Ayatku, "Nangislah tepi stadium kalau dapat sound check tapi tak dapat tiket konsert". Menurut HQ, ticket diorang dah sold out dah pun dari Februari, eh gila. Oh lupa, masa ni HQ dah bergelumang dengan Enhyphen, dan gue sedang rancak layan lagu Stray Kids. Maka pembelian album diteruskan di Shopee. 

Eh ditakdirkan HQ dapat lucky draw, so boleh pi masuk soundcheck. Masalahnya sound check sekejap itu di negara luar, bukan dekat JB. Masing-masing come up dengan idea either 1) fly Bangkok, sound check & balik hari pulang Malaysia atau 2) fly Bangkok, soundcheck, cari tiket concert, balik next day. Isnin keje dikk

Sempat aku search harga tiket pergi Sabtu, balik Ahad return AirAsia dapat RM550+, kalau balik hari Sabtu pun harga lebih kurang. Tapi first step adalah mendapatkan keizinan terbang. Sebagai wingwoman dan assist yang baik, aku galakkan dapatkan izin dulu dan after that we think some more.

Gentle betul, keizinan diberi. Now adalah membeli tiket flight & accomodation dulu. Sesambil tu bukak #wts tiket concert. Masa ni aku tak beriya sangat sebab the same week I'm flying to Indonesia untuk family trip. Kalau ikut jadual, literally touchdown KLIA, rehat 1 malam dan fly out to Bangkok. Sampailah few days before date baru aku confirm nak support member, masa ni harga tiket dah naik sikit. Tapi ok je sebab Noona HQ sponsor bilik hotel hehe.

Segamble itu gue beli tiket flight, bawak baju extra 3 helai and also dapatkan keizinan. Duit Baht pakai balance dari previous travel, on roaming data untuk Asean. Bertemulah kami malam sebelum fly dirumah HQ. Tidur ayam, sebab kami ambil flight subuh.

Di airport ada tanjat sikit la, last 5 passenger yang masuk airplane sebelum pintu kena tutup huhuu, tapi alhamdulliah sempat Subuh. Dalam flight kita sambung tidur dan dikejutkan untuk makan nasi lemak ( thank you HQ lanje makan).

Sampai airport DMK yang familiar, kami pi menyopping dulu sebab sampai awal pagi. Lepas tu baru drop bag di hotel ( tak dapat early check-in) dan terus menaiki segala public transportation untuk ke Stadium Rajamangala.

Ini adalah second time aku ke Rajamangala, first time masa concert BTS. Adoi lupa nak habiskan write up pasal concert ni, ada post pasal beli tiket je kat sini Tiket Konsert BTS. Tapi in short, separuh nyawa nak sampai stadium back then, and this time it happen again tapi x2

Sebelum tu, maafkan aku kalau penulisan ni tak clear sebab lamanyalah baru nak tulis, jadi banyak dah lupa and also biasalah lepas concert kadang blur tak ingat apa dah. 

Kami naik grab motor separuh nyawa, tudung terbang-terbang makan debu, lawan arah jalan untuk sampai ke Stadium. Bila sampai confuse sebab tak nampak stadiumnya. Bercakap ayam itik dengan driver tapi dia insist betul la ni, kena jalan ke depan sikit. Menapaklah kami dengan orang kiri kanan dok pakai baju sekolah. 

Dah berpeluh jalan, last-last nampak dinding pagar stadium je, tak jumpa pintu masuk. Tanyalah orang yang dijumpai tepi jalan tapi diorang pun tak tahu. Pulak dah. Pastu Noona HQ pi tegur budak perempuan dua orang macam muda sikit. Rupanya diorang pun nak pi concert dan cakap ikut diorang.

Jauh rupanya tempat kami didrop off tu. Bila keluar dari kawasan Rajamangala University tu nampaklah BTS yang dah nak siap. Kan senang ada public transport dekat dengan international stadium gini. Sambil berjalan, tanyalah umur berapa? Amek kau budak highschool. Begitu tua terasa diri ini. Sampai di pintu masuk stadium dan kami babai, ambil selfie sekeping dan bagi Mamee Monster sebagai kenangan.

Oh lupa, dalam BTS tu kami guna teknik "follow the dress" je iaitu tengok gegirl (mostly) yang dressup dengan dress code black red dan fancy baju dan high heel. Seram betul tengok rambu ramba dress diorang kat escalator dan celah grab motor tadi. 

Anyway, trend dresscode concert ni wujud sejak bila? Lepas Covid ke? Baguslah effort diorang ikut theme dan dress code. Tapi tak ke panas, peluh, tak selesa, bahaya walaupun lawa dan seksi. Bebudak ni ada yang tukar/adjust baju depan orang je sambil lepak kat grass area dekat venue. Akak la kena paling pandangan huhuu

Noona HQ sampai terus cari booth redeem soundcheck ticket & aku pi beli air jap. Adalah 1 vendor jual makanan halal cucuk-cucuk tu. Lepas dapat tiket kami lepak tepi venue untuk tunggu dipanggil soundcheck. Sambil tu tangan masih gigih mencari dan tawar harga tiket. Opkos kena ada bajet, tanya orang banyak dan research dalam mencari tiket.

Untuk pengalaman soundcheck kita kena tunggu HQ stori. Aku duduk luar je masa ni, nak bangun berjalan pun malasnya, dah tak gigih macam masa muda belia. Duduk bawah pokok, cas kipas & phone, skroll X cari tiket. Habis soundcheck, kami makan cucuk-cucuk at the exact place aku duduk tak bergerak tadi. Dapatlah jugak 1 orang bagi freebies.

Dari pengamatan, Engene stylo, fanboy lelaki ada dan siap bergaya jugak, ada bapak-bapak teman anak. Dan yang rare disini adalah fans omputih yang dah jadi udang kemerahan dibawah terik matahari. Diorang tak ramai, tapi ada. Dan as usual, aku suka tengok muka excited fans menunggu sambil bercerita. They dont know how nice they look all lively, excited. happy and not worrying about the world, its a beautiful scene.

Lepas tambah tenaga, dan masih gagal secure tiket, kami beratur dibarisan toilet yang panjang berjela. At this point I already redho kalau tak dapat tiket, punyalah gue gamble poyo je pi Siam ni tanpa tiket, tanpa reason, just to teman a friend. Berpusing-pusing amek wuduk dalam portable toilet diorang, tapi baguslah toiletnya bersih dan kering. Kitalah kena gigih lap balik percikan air, kita kena jaga image ok.

Dah ambil wuduk anggota wajib, berjalan pulak nak cari port solat. Kedepan kebelakang, akhirnya tepi bangunan solat. Penat dok google tak jumpa port yang orang suggest or bagitau. Masa ni kat luar dah kosong, fans dah almost all dah masuk. Tapi masih ramai orang lepak luar, betul-betul amek tiket free standing luar venue, dok dengar je. Dah penat dah ni, dan kami mula bergerak kearah luar stadium.

Aku perasan masa masuk ada a few uncle yang pegang physical ticket kat tangan dan sebut VIP, VIP. Bagitahu HQ approach je memana Uncle ni dan tawar harga kaw-kaw. First Uncle kami tanya dan terus deal harga. Mulanya tak berapa nak yakin, siap mintak dia teman sampai kitorang lepas staff jaga tiket gate depan. HQ masuk dulu, then baru aku.

Dah last minute sangat, tapi tetap kena selongkar bag, maka terkeluarlah sebag Mamee Monster tak boleh bawak makanan dan air. Dapat tag kat tangan dan berlarilah kami nak cari pintu masuk tiket kami.Hala tagnya pun plain je takde design ke lawa sikit ke, boleh buat kenangan. Masa ni staff dok suruh lari-lari. Teringat zaman berlari masa BTS dulu dengan omputih mana ntah haha

Sesat mesat jap sebab staff main tunjuk-tunjuk je tak bagi exact location pintu masuk. Kat tempat last check ticket tu particular lak diorang, aku dah seram tapi alhamdulliah lepas. Bila tengok balik tiket tu, tengok apa yang dia tick, huhuu nasib baik boleh masuk. 

So berlarilah dengan excited ke arah free standing VIP pit belah kiri, Masa BTS dulu aku amek VIP seating belah kanan. I dont feel confident free standing tapi I like VIP hahaha. Matahari terbenam dan tak lama lepastu concert bermula.

As a non Engene, I enjoy the perfomance a lot. Lagu diorang actually a variety of genre and I actually do know few of the song. One song in particular I like adalah Teeth. All these info I gather after concert actually. 

Belift do spend a tonne of money on them sebab banyak dan lama ya firewords, confetti dan persembahan api-api mereka. But honest opinion, later nanti bila lagu diorang lagi banyak, confirm lagi syok bila ada banyak lagu versi concert dengan performance yang fans boleh melompat dengan diorang. 

Masa ni kami dapat menyusup sikit-sikit kedepan tapi not really depan. Kalau terlalu dekat dengan stage, panas wei bahang api tu tambah dengan temperature yang tinggi walaupun hujan renyai sikit. At that time dah nice dah position kami, tekniknya adalah menyusup kedepan bila performance berakhir atau diorang tengah bercakap.

Tengah performance dan noona HQ kata tak selesa. Rasa nak pitam, perlukan air and we didnt buy water yang dijual pada harga dalam stadium sebab siot mahal berbanding asal. Tapi bila pikir balik ok je harganya bukan beli berbotol pun huhu. Aku passkan minyak angin dan kipas. Tak lama, HQ kata tak boleh, dia nak keluar.

Menyusup lah kami ke bahagian belakang dan lawan arah semua orang, tak puas hati pulak orang-orang ni entah kenapa. Last stuck dekat barricade nak keluar tak boleh, punya sempit situ sampai kipas yang HQ pegang tersangkut rambut minat Korea ni. Terpaksalah aku buat aksi ganas cabut rambut orang yang dah berputar dalam kipas tangan.

Panggil-panggil staff cakap nak keluar, pergh terus dipapah ke khemah PBSM. Dengan aku-aku rasa lembik dah kaki ni. Terus dia bagi cottonpad untuk bau. Nasib baik bagitau Noona HQ, dia sikit lagi nak telan hahaha, Mintak air dengan diorang, idok ler dibagi. Elok je berpack-pack air atas stretcher digunakan untuk tinggikan kaki fans lain yang dah terbaring.

Dalam ketegangan mencari nafas itu, aku tak sempat pandang kiri kanan. HQ dok cakap wei tengok belakang. Rupanya moving cart betul-betul lalu depan khemah kami, Jungwon siap notice HQ dan buat sign tanya "Are you ok??", awwww the sweetest ever. Saya tidaklah perasan until HQ bagitau dan tunjuk video. This is not how I want to be noticed hahah, alah tapi bukan dia ingat pun.

Setelah kena medai..medai dengan staff, kami pun disuruh pi masuk balik. Siot lagi seksa nak masuk balik sebab fans dok berhimpit kat barricade belakang ni. Padahal bukannya diorang lalu sini pun. Dah nak emo aku kenapa tak bagi kitorang nak masuk dalam, area tengah tu ada space kot yang korang berhimpit tak cukup oksigen kat sini dah kenapa??

Akhirnya kami kembali ke bahagian tengah, dan pastikan ada space around us supaya tak rasa nak sesak napas macam tadi. Persembahan pun diteruskan dan dinikmati hingga persembahan tamat. Its a good concert, certain experience je tak berapa good. But we enjoy the show. Perjalanan keluar venue kembali berhimpit dan sesak.

Sampai luar, cari air lagi dan cari nafas dan cari toilet. Luar stadium ni terus ada night market sepanjang-panjangnya dan banyak muslim seller, so boleh beli dinner etc kat sini. Lepas beli nasi ayam, kami decide to jalan kaki the longest we can then take Grab to hotel. Kalau tunggu dekat stadium tu memang imposibble dapat Grab, confirm surge fee tinggi giler, stuck in jem. Even grab motor yang bawak macam ada 9 nyawa tu pun charge sampai 500 baht sorang, tak ke gler rate tu untuk motor dan sorang. Dah la helmet haram takde.

Dalam sengal kaki, penat dan hujan renyai kami jalan kaki berkilo meter dan decide untuk stop kat bus station dan panggil grab. Sini pun tunggu grab nak dekat 30 minit, sakit perut dan kepala, dan rasa nak muntah hadir kembali. Actually aku dah tanya harga teksi yang berhenti tapi decide amek Grab jelah bila cas dia sama. Sebabnya takut nanti dah sampai dia cas lain. Sekali amekkau kena tunggu 30minit untuk Grab sampai. That 30 min feels like dying to us. Kitorang dah tak bercakap dah at this point from walking all the way from stadium.

Akhirnya dekat 12am baru kami sampai hotel. Terbaring, tersadai, haus nak mati. Begitulah akak lanjut usia berkonsert tanpa preparation. Sambil baring tengok tiket tadi, nampaklah staff dok tick perkataan Police dalam tiket kami. Taulah bahawa tiket ti complimentary ticket for police, dia dapat free tapi pakcik tu dapat jual pada kami dengan harga 2 tiket = gaji sebulan dia agaknya. 

We got a dang good price for the tickets and he got free money. But truly its a gamble move from us huhu. Adik-adik jangan ikut noh, kongsi experience je ni. After the concert barulah aku kembali cuba mengenali mereka. Below adalah pandangan pasal mereka at that time. If I got time, will write another post for this.

Sunghoon & Sunoo loundest cheers bila diorang on screen. Engene siap nyanyi Happy Birthday to Sunoo meriah la. HQ pun selalu tunjuk Sunoo kat gue. Sunoo ni selalu buat aku frust, sebab why do you look pretty and then good looking on a same person. Tapi bila dia senyum tu, I feel like "ko nak apa dik, cakap je nanti akak belikan" ha begitulah. Dia buat aku confused dengan diri sendiri hahaha

Alang-alang tu meh aku bagitau apa pandangan aku pada each member, sebab iyalah gue datang without any expectation, few of their songs aku layan sebab best. Sunghoon is very sharp, smart handsome looking guy dengan style baju sebelah masuk, sebelah sangkut bahu. Heeseung suara sangat sedap and the company really put his voice in the center of song a lot of time, in my head suara dia macam JK. Ni-Ki, maknae tinggi tunjang, dance mantap, vibe misteri tapi macam kurang pulak scream untuk dia. Jake is that puppy looking Aussie..lets gaur~ Jay is the rockstar ada solo part with electric guitar and Jungwon. The maknae line tapi leader of the group. Entah kenapa berkali aku cakap takut nak minat dia. Sebab he look intimidating tapi cute. Ni sorang lagi buat akak confused. Lagu baru yang aku enjoy dengar adalah Teeth, sub-unit Jungwon, Heeseung, Sunoo, Ni-Ki

Antara tips yang dapat dikumpulkan kali ini adalah
- makan berat before datang or bawak bekal dan piknik la kat luar venue
- minum air banyak. feels like 40degree hari tu di Bangkok. stock up mineral water masa nak mai
- hotel boleh cari dekat dengan stadium, walking distance je
- kalau hotel dekat, boleh heavy breakfast, tapau lunch, pi stadium untuk redeem ticket, line up merch, kutip freebies etc, pastu picnik lunch time or balik hotel. Sejukkan badan kat bilik, lunch, solat pastu pi stadium balik, enjoy concert, balik singgah beli dinner and jalan kaki balik hotel. Ini adalah ideal flow untuk concert sini
- masih tak jumpa tempat solat kat sini. 1st time dulu memang solat kat hotel, kali ini solat tepi bangunan  outdoor tapi struggle la nak ambil wuduk dalam toilet yang orang beratur sepanjang alam
-seingat masa zaman BTS dulu diorang particular tak bagi unofficial merch bawak masuk venue, so berlambak la kena tinggalkan barang kat luar.
-tapi rasanya ada je tepi letak tinggal barang yang ada storage tu tapi tak perasan
- wajib bawak powerbank, kipas tangan, minyak angin, gegula, coklat, panadol. coolfever optional

Ini dulu kot Noona B punya experience yang masih ingat. Kalau gigih aku compile video concert yang sikit-sikit tu and upload kat Youtube. Harap maaf quality 3GP, saya separuh nyawa ok.


Comments