Skip to main content

Posts

Diary of a Prosecutor (2019) #kdramareview

 Diary of a Prosecutor (2019) #kdramareview Sinopsis Cerita pasal hidup seharian pendakwa raya kat bandar kecil. Bukan cerita mahkamah yang heavy tau, ni cerita chill tapi best, tengok kerja depa yang macam real—dari buat siasatan, handle kes remeh, sampai ke isu dalam pejabat. Hero dia si Lee Sun-woong (Lee Sun-kyun) jenis relax.  Tapi masuk watak baru Cha Myung-joo (Jung Ryeo-won), hidup semua orang dalam office tu berubah. So kita tengok clash cara kerja & sikap diorang sambil settlekan kes-kes jenayah everyday yang actually relatable. Cerita ni mula slow macam biasa drama slice of life Korea, tapi bila lepas episod ke-2, ke-3 tu, terus rasa melekat. Tenang tapi deep. Tak banyak drama berani fokus pada prosecutor bukan level Seoul, tapi area kecik dengan kes-kes lokal. Review Kuat pada character study. Macam tengok documentary tapi still ada flavor fiction. Chemistry antara main cast padu. Banyak dialog & scene yang subtle tapi meaningful. Ending pun puas hati Setia...

Good Manager (2017) #kdramareview

 #GoodManagerReview Sinopsis Kim Sung-ryong (Namgoong Min), ex-accountant yang asalnya masuk syarikat TQ Group nak menipu duit… tapi end up jadi hero ofis dan lawan sistem rasuah dalam syarikat. Ada juga drama pasal audit, pecah amanah, dan politik korporat. Tapi semua tu disampaikan dengan lawak sengal & vibe feel-good. Review Cerita ni underrated. Komedi dia jenis tak try hard, natural & punchline dia ngam. Best tengok perkembangan watak Sung-ryong dari selfish ke pejuang pekerja. Watak jahat pun ada dimensi. Drama ni penuh dengan energy—kadang rasa macam cartoon, tapi tu lah yang buat dia fun. Walaupun 20 episod (agak panjang), tapi tak rasa drag sebab banyak moment kelakar gila. Yang suka drama ofis tapi tak nak stress, boleh layan ni. Satu lagi dia ambil jenis pekerjaan yang kurang diangkat iaitu auditing department, so its interesting to see what works goes behind the scene. Pelakon Namgoong Min – ni antara role rare dia jadi watak sengal tapi smart. Dia memang raja t...

Love to Hate You (2023) #kdramareview

 #LoveToHateYouReview Sinopsis Yeo Mi-ran (Kim Ok-vin) ni lawyer kat firm yang handle selebriti, tapi dia benci lelaki chauvinist & clingy. Nam Kang-ho (Yoo Teo), pelakon famous yang nampak perfect tapi trauma nak bercinta sebab past scandal. Depa dua jumpa, terpaksa pura-pura couple sebab kerja… dan dari situ jadi lah love-hate relationship yang chaos tapi cute. Review Drama ni pendek, 10 episod je tapi pacing dia ngam. English power (seriously, ada scene dia cakap full English tak cringe langsung). Scene Mi-ran belasah lelaki dalam gym tu memang power. Kombinasi lawak + feminist undertone + romance spicy sikit, dia jadi balance best. Ada juga kritik pasal industri hiburan dan fake persona dalam dunia entertainment. Ending? Sesuai la dengan vibe drama—happy tapi ada closure. Tapi dua last episod tu memang rate 16+ tu valid la... hahaha. Spicy! Pelakon Kim Ok-vin – aku tak sangka dia versatile gila! Dulu tengok dia dalam The Villainess (film action), tapi dalam drama ni dia law...

King the Land (2023) #kdramareview

   King the Land (2023) #kdramareview Intro Drama yang buat aku teringat zaman Kdrama 2010-an. Visual cantik, couple lawa, storyline ringan. Sinopsis Ceritanya tentang Goo Won, pewaris syarikat hotel mewah yang jatuh hati dengan staff ceria bernama Sa-rang. Dari tak suka jadi suka. Typical enemies to lovers trope, anak orang susah dengan anak chaebol. Double typical tapi background hospitality industry. Review Cute, klise, tapi okay. Chemistry Junho & Yoona kuat, tu yang buat boleh terus tengok. Tapi halfway rasa macam filler banyak sangat. Dialog kadang cringey tapi ada jugak scene yang lawak menjadi. Rating 🌟 3.7/5 – bukan groundbreaking, tapi okay untuk chill weekend.

See You in My 19th Life (2023) #kdramareview

 See You in My 19th Life (2023) #kdramareview Intro Kalau korang suka konsep reinkarnasi dan romance yang macam tak habis dari satu hayat ke satu hayat – ni lah dia. Sinopsis Ban Ji-eum dah hidup 18 kali dan boleh ingat semua. Hidup ke-19 ni dia nak cari balik cinta hidup ke-18 dia, Seo-ha. But life (and trauma) happen. Review Cinematography lawa, plot interesting. Heroin dia memang drive cerita. Ahn Bo-hyun okay je, tapi Shin Hye-sun memang bawa watak tu naik level. Ending dia puas hati, walaupun ada part yang pacing dia pelik sikit. Biasalah kalau drama berturutan, kita follow the actor. Drama kalini follow Bohyun lepas Military Prosecutor Doberman, Flex X Cop . Actually tak minat sangat Hye-sun, tapi dari drama ni nampaklah dia carry the drama. Maybe I should give her other drama a chance Welcome to Samdal-ri   . Funfact, dia ni very tinggi untuk seorang perempuan. Rating 🌟 4/5 – fantasy + romance yang tak drag. Kalau minat reincarnation trope, wajib try.