Sinopsis
Kim Sung-ryong (Namgoong Min), ex-accountant yang asalnya masuk syarikat TQ Group nak menipu duit… tapi end up jadi hero ofis dan lawan sistem rasuah dalam syarikat. Ada juga drama pasal audit, pecah amanah, dan politik korporat. Tapi semua tu disampaikan dengan lawak sengal & vibe feel-good.
Review
Cerita ni underrated. Komedi dia jenis tak try hard, natural & punchline dia ngam. Best tengok perkembangan watak Sung-ryong dari selfish ke pejuang pekerja. Watak jahat pun ada dimensi. Drama ni penuh dengan energy—kadang rasa macam cartoon, tapi tu lah yang buat dia fun.
Walaupun 20 episod (agak panjang), tapi tak rasa drag sebab banyak moment kelakar gila. Yang suka drama ofis tapi tak nak stress, boleh layan ni.
Satu lagi dia ambil jenis pekerjaan yang kurang diangkat iaitu auditing department, so its interesting to see what works goes behind the scene.
Pelakon
Namgoong Min – ni antara role rare dia jadi watak sengal tapi smart. Dia memang raja transform, dari The Veil (dark agent) ke sini terus jadi clown, pastu jadi manager baseball jap , Doctor Prisoner, Awaken, One Dollar Lawyer
Kim Seon-ho – debut drama dia! Watak dia supporting je tapi time tu dah nampak potential (aku kenal dia dari Start-Up , Waikiki tapi bila tengok balik ni, dia comel lagi time baru2).
Lee Junho – now dia famous sebab The Red Sleeve & The King Land, tapi dalam ni dia jadi antagonis. Mak aku cakap dia tak sesuai jadi jahat, muka jambu sangat 😂
Rating
🌟 3.9/5
Drama lama tapi evergreen. Kalau kau suka cerita ofis dengan lawak gila-gila tapi ada mesej pasal integrity & sistem kerja, wajib try.
Comments
Post a Comment