Class of Lies atau Mr. Temporary baru saja selesai tayangan pada 5 September 2019 yang lepas. Aku berminat nak tengok cerita ni sebab review tentang lakonan budak sekolah yang melakukan penipuan licik. Sinopsis Drama ini berkisar tentang seorang peguam iaitu Gi Moo-hyeok (Yoon Kyun-sang) yang diminta mewakili seorang pelajar sekolah Kim Han-soo. Han-soo dituduh membunuh rakan sekolahnya Jeong Soo-ah. Rancangan asalnya adalah Han-soo mengaku menikam Soo-ah, dan dijatuhkan hukuman penjara. Namun Han-soo berkali-kali bertegas yang dia tidak akan membunuh Soo-ah. Han-soo akhirnya menyerang peguamnya sendiri iaitu Moo-hyeok yang menunjukkan Soo-ah sebagai seorang wanita yang tidak baik, yang mempunyai “sponsor”. Bengang dengan perbuatan anak guamnya, Moo-hyeok pergi ke pusat tahanan untuk bercakap dengan Han-soo. Sebaliknya mereka berdua bertekak. Han-soo tetap tidak mahu mengaku salah dan hanya mahu tahu keadaan Soo-ah yang masih tida...
3 kpop noona fans talk, discuss, review but mostly rant about Kpop.