Satu lagi drama lama noona baru nak tengok. Lama dah cerita ni dari tahun 2017, tapi biasalah noona memang malas nak layan drama yang semua orang tengok unless ada peer pressure seperti tengok Start-Up. Masa tengok drama ni jugak noona belajar speedup video. Sempat je baca subtitle, dapat habiskan sejam tu lebih cepat.
Sinopsis
Lord Ha-baek (Nam Joo-hyuk) Water God yang nak naik takhta
untuk menguasai Divine Realm ada misi untuk kembali ke ala mini untuk
mendapatkan kembali batu suci. Bila dia masuk ke alam nyata ni dia hilang
kuasanya dan perlu bantuan So-ah (Shin Se-Kyung).
Sukar untuk So-ah mempercayai kisah ini tapi akhirnya dia setuju membantu Habaek. Dalam masa yang dia mula membongkar kisah lama dan trauma hidupnya.
Review
Drama yang diadaptasi dari manhwa ini ada potensi tinggi
untuk jadi cerita yang sangat memorable sayangnya its not what happen. At least
in my honest opinionlah.
Kalau korang search drama ni mesti keyword tale of habaek
ending, sad or happy ending tale of habaek naik. Rupanya bukan noona saja nak
giveup tengok drama ni dan nak tahu ending je. Begitulah rasa dragging cerita
ni.
Shin Se Kyung, noona pun tergolong dalam kalangan yang tak
berapa minat lakonan beliau. Tapi cam biasa kita bagi chance bila tengok gandingannya
mantap. Lepas tengok drama ni noona tengok satu lagi cerita dia iaitu Run On
dengan disappointment yang sama huhuu sorry
Drama ni ada romance ada fantasy supernatural gitu tapi
macam kurang umph. Noona mengharapkan the fantasy make sense as in ada connection,
ada explanation after all the episode but nahh. Even the love story cant save
the drama. Memang sweet juga chemistry main actor but the fantasy premise is so
good tapi sayang bersepah storylinenya.
Disebabkan the main story cam serabut, noona mengharapkan
side character boleh revive the story. Half human-half deity pun best
sebenarnya tapi disebabkan banyaklah pulak side character, terus bertambah
serabut macam tak focus pulak drama ni.
In short drama ni try too much to push the romantic story without
giving the fantasy aspect of it enough time. Sebenarnya tak pernah noona dengar
tentang water god dalam mythology Korea jadi excited lah tapi sayangnya tak
kesampaian.
I concluded that orang yang boleh tengok drama ni sampai
habis adalah sebab pelakonnya saja.
Rating
4/10
Its ok kalau tak tengok…sorry Joohyuk
Nam Joo Hyuk Drama review Start-Up, 2521
Comments
Post a Comment