Skip to main content

Flex X Cop #kdramareview

Ahn Bo-hyun dalam Flex X Cop

Introduction

Drama yang ditonton sebab male lead Ahn Bohyun. Ngam pulak waktu drama tengah berlangsung, Dispatch buka cerita dia couple dengan Jisoo dak BlackPink.Tapi itu tak penting, yang penting aku suka lakonan beliau dalam drama-drama sebelum ini terutama yang berpakaian uniform seperti  Descendants of the Sun dan Military Prosecutor Doberman serta action drama seperti My Name selepas selesai menonton drama See You in My 19th Life. Kali ini dia jadi anak chaebol terlebih pomade seperti dalam drama  Itaewon Class.

Sedikit info tambahan tentang drama ini

  • drama ni remake dari tv series dari Rusia
  • season kedua dah confirm 

Sinopsis 

Kali ini dia bawa karakter sebagai anak chaebol yang takde kerja, hobinya enjoy hidup saja. Satu hari dia tanpa sengaja terlibat dalam kes jenayah. Dia pukul seorang stranger yang cederakan kawannya. Unfortunately, lelaki itu mati. Dari ditangkap sebab pukul orang, dah tukar pertuduhan membunuh. Namun dia dapat bukti senjata, lalu identiti lelaki itu dikenalpasti.

Nak dijadikan cerita, lelaki itu sebenarnya penjenayah yang dikehendaki. Tiba-tiba pihak polis kena spin cerita sebab baru tahu yang mereka dah salah tahan & tangkap anak chaebol. Long strong short, dia kena berpura-pura jadi polos undercover yang berjaya tangkap penjenayah tadi. Bermulalah kisah Jin Isoo sebagai anggota polis.

Lepas itu dia dan teamnya bekerjasama selesaikan kes jenayah. Mula-mula tak masuk sebab mereka menyampah dengan anak orang kaya ni. Tapi dia gunakan privilege dan kekayaan untuk cepat selesaikan kes dengan perspective yang lain.

Chemistry dengan actress Park Ji-hyun bolehlah. Aku ingatkan dia berlakon dalam Taxi Driver sebelum ni dengan Lee Jihoon rupanya yang itu namanya Pyo Ye-jin. Love line tak berapa ada tapi tak penting pun, masalahnya perkembangan watak dia tak berapa ada, even interaction dengan main actor kurang impact.

Rating

Verdict, fun and light drama. Itu saja..huhu sekian adios

5.8/10

Comments