![]() |
My Dearest Nemesis #kdrama |
Intro:
Drama ni penuh dengan komedi ringan dan sedikit cringe, tapi itulah yang buat ia jadi menarik. Sebuah drama yang kalau korang nak tengok sesuatu yang santai dan ada feel-webtoon, boleh try ni!
Sinopsis:
"My Dearest Nemesis" mengisahkan tentang Ban Ju-yeon (Choi Hyun-wook) dan Baek Su-jeong (Mun Ka-young) yang bertemu semula selepas 16 tahun. Dulu mereka kenal dalam dunia permainan dalam talian, malah merupaakan each other first love dan kini mereka terpaksa bekerja bersama di Yongseong Department Store. Konflik timbul apabila mereka dapat tahu kebenaran waktu dulu dan kena berdepan dengan realiti dan perbezaan darjat sekarang.
Review:
Lakonan Choi Hyun-wook dan Mun Ka-young memang charming, dan mereka berjaya bawa hubungan yang manis walaupun ada banyak adegan awkward. Choi Hyun-wook pernah muncul dalam Racket Boys, 2521, Twinkling Watermelon yang semuanya aku recommend. Potensi besar dia ni, baru umur 23 tahun.
Mun Ka-young pula terkenal dengan lakonan dalam drama seperti Shooting Stars. Link: Eat, Love, Kill, Waikiki 2, Tempted, banyak gak filmography dia. Chemistry mereka berdua memang ngam! Walaupun ada banyak elemen yang terasa cringe, tapi itulah yang buat drama ni punya daya tarik yang unik.
Rating: 6/10
Conclusion:
Kalau korang suka drama yang ringan, ada sweet, ada cringe sikit, , ini pilihan yang ok. Tak deep, tapi untuk hiburan, memang menyeronokkan.
Comments
Post a Comment