Skip to main content

Twenty-Five Twenty-One 2521 #kdrama Review

this is an old unpublished post, please excuse the late unfinished review

Youth; this genre the best for  Nam Joo-hyuk. Follow-up yang baik selepas drama Start-Up dan development dari drama beliau yang agak hampeh pada noona seperti The Bride of Habaek. Main reason sebab noona suka  karakter female lead yang  strong girl.

I'm always loving this retro vibe tahun 1998 sepertinya reply 1998 version 2 lah jugak, tema pun lebih kurang sama. Walaupun drama ni kira sport drama juga sebab fencing tapi tema youth, relationship ni memang ngam dan percayalah ia akan evergreen.

Fencing is another sport yang menarik untuk diterokai dalam drama. Korea kalau bab menaikkan nama negara sendiri memang best. Ada beberapa drama yang mengangkat sports yang tak terfikir oleh negara lain (looking at your Malaysia). Contohnya badminton, omok, baseball, skating etc.

  • I'm very happy to again see adik Choi Hyun-wook sementara tunggu Jang Ki-yong keluar military
  • to be reckless like a teenager is a goal
  • to be able to see how and what your young mother feel is asomew
  • Time for parent to recover their mistake
  • the story about dream and how sometimes time take that away from the teens
  • summer school love story is always cute to watch
  • also i love her ketua kelas
  • you give me hope
  • Change your perspective 
  • Ada beberapa kontroversi seperti bercinta dengan budak sekolah/ underage

---  review after continue watching in 2023

Kembali lagi menonton hutang drama tak habis tahun lepas. Kenapa aku sambung tengok? 1. Sebab hero Twinkling Watermelon (TM) mantap lakonannya dan dia juga berlakon dalam drama 2521 2. Tema sama iaitu youth, slice of life aka my emotional support comfort kdrama genre.

Ternyata pilihan yang tidak salah. First impression as soon as I continue watching episode 10 ( jangan tanya macam mana aku boleh ingat episode last apa, ini magik) adalah Wow drama ni lagi melambak quote yang sedap dan kena dijiwa.

Kawan fencing nak berhenti jadi atlet, coach tak bagi. Heedo kata "to give up is to face our greatest challenge". Biasanya orang kata orang yang give up ni tak berani, lembik, cepat mengalah. 

Tanpa dia ketahui yang kawan kita dah cuba sehabis daya, dah tiada rasa boleh buat apa lagi. Dan mengalah untuk satu hal itu adalah jalan terbaik untuknya. Bak kata Yoongi, nak give up juga perlukan keberanian.

Coach lepaskan pelajarnya dan tinggalkan dengan kata-kata ingatlah waktu bermula adalah yang paling perit.

Yijin tanya Heedo mesti best waktu kena suspend dari game ni boleh relaks. Heedo kata tak, sebab bila mereka bertandinglah baru mereka tahu dah improved ke belum regardless menang atau kalah. 

You have to compete to know that you've improved regardless of the result

Berada dalam pertandingan adalah segalanya bagi atlet, sepertimana BTS kata tempat artis adalah diatas pentas membuat persembahan untuk peminat adalah segalanya untuk mereka. They live for that moment.

Yijin yang matured

Ada momen emak Heedo tanya impian Yijin. Yijin kata dia hanya mahu buat terbaik dalam kerjanya sekarang. Kata beliau lagi, dia tak rasa living your dream means you are successful dan sebaliknya not living your dream means you've failed at life.

Teringat kata Yoongi, its ok kalau kita takde dreams dalam hidup. Tapi aku belum dapat jawapan untuk persoalan macam mana kalau kita ada banyak dreams dalam hidup? Tangguhkan? Be realistic? 

Tak lama dan tiba-tiba aku dah sampai final episode. Spoiler alert, sebab dah lama drama ni so aku dah tahu bukan happy ending, so I am ready to have my heart broken. Tapi nak menunggu momen tu urghhh.

Walaupun cerita ni waktu umur mereka 25 & 21 tahun (hence the title), tapi kedua mereka sangat matang menghadapi nasib hubungan itu. Mereka berakhir dengan tenang dan lega. Walaupun selepas 15 tahun, keduanya dapat closure sepatutnya.

Tapi nak sampai ke hujung untuk explain their emotional turmoil tu, teresak-esak aku lagi-lagi waktu mereka sangat emotional.

Your support where burdensome. 

Sokongan yang diberi rupanya jadi satu bebanan kepada Yijin. Dia nak tunjukkan yang dia baik-baik saja.

Dia tak boleh kaup semua rasa dan emosi ditempat kerja, tapi tak mahu kongsi sebab tak mahu bebankan Heedo. Heedo sebaliknya pegang pada janji untuk kongsi segala kegembiraan, kesusahan.

Sampai satu masa, Heedo tak mahu complain dah. Bak kata Heedo, kita hanya kekasih pada waktu senang, beban pada waktu susah.

Heedo tersedar yang soalan emaknya awal dahulu betul. Adakah dia bersedia untuk satu pihak penat menunggu, satu pihak berputus asa? Dia mengulang kembali apa yang berlaku antara ibu dan bapanya. 

Sepertimana Heedo tidak mendapat penjelasan dari emaknya, tidak dapat perhatian dan masa, mementingkan kerjaya daripada keluarga; Heedo hadapi sekali lagi. Dia benci perbuatan emaknya, tapi end up dating someone like her mom.

Heedo buat keputusan untuk berpisah. Scene kelakar tapi realistik bila mereka kena jumpa semula untuk batalkan pelan telefon mereka. Dengan abang kedai pun ikut emotional.

Nasib baik drama tak ending disini selepas mereka bergaduh. Perit woi.

Closure sebenar adalah bila mereka berdua "ucapkan" perasaan sebenar mereka dalam diari Heedo.

We are doing our best but thats are all practice

Thank you for giving me the opportunity to dream

Youve done great. 

It was an honor

It was our time

You comfort me by just being there

At time when i didn't believe myself, i believe in you who believe in me. That made things possible

You made me smile

End of school

All the quotes, mencengkam jiwa gue. Semua kata-kata yang kita nak dengar dan sangat bermakna. 

Other than the main couple did not end up together, other people are doing great. Even Jiwoong proposed to Yu-rim

Nobody can make me happier and sadder than you.

Urgh..what a confession. Orang yang boleh buat kita paling bahagia itu jugalah orang yang boleh buat kita paling sedih. The fact that people get together, get married and giving them a dagger and believing that the other person who stabbed them with that, fuhh. I salute you all.

Tema love & friendship dengan storyline karakter membesar dan matang bersama is just *chef kiss*. 

Ending quotes pun sedap

The summer belongs to us

That summer was ours to keep

That summer was ours to keep
That summer was ours to keep

Summer selalu dikaitan dengan youth and I approve that walaupun bumi Malaysia mana ada  4 musim. But the *feels* do describe youth. Summer yang dah berlalu itu tetaplah jadi milik dan kenangan kita sampai bila-bila. 

Orang kata sebab itulah kita suka cakap tentang masa lalu dengan kawan lama dan adik beradik. Kerana waktu itu kita semua serupa, melalui dan merasai pengalaman yang sama. Waktu sekarang kita sudah tak sama dengan kawan yang lain.

Kita juga suka masa lalu kerana "Back then everything is a practice." Dan waktu sekarang adalah realiti. Realiti yang sedang kita lalui sekarang dibina atas masa lalu yang pelbgai rasa.

Bila dah habis drama ni, automatik rasa nak ulang balik dan tonton dari sudut pandang Heedo instead of 3rd person iaitu anak Heedo.

The fact that she open a woodworking shop bila dia dah bersara dari fencing, I think to honor both her mom and dad. Kerusi kayu itu simbol emaknya berterus terang dan Heedo ceritakan luka emosinya. 

Review ini tunggang terbalik, sepertinya emosiku towards the end. Drama yang best dan berbaloi ditonton.  Tengoklah ya.

Sekian, adios

~B

Comments