Setelah bertahun mendengar dan enjoy kpop dan music scene dengan pelbagai idol baru debut hampir setiap minggu dapat dilihat ada pattern dan pengamalan yang sama oleh entertainment company disana. Tulisan ini berdasarkan pemerhatian Noona sebagai rakyat marhaen sahaja. Mungkin ada sesuatu yang boleh kita belajar dari penghasilan boy group, girl group, solo artist dan lain-lain sebab after all these years kpop masih relevan dan kekal. Mari kita ambil yang baik dan aplikasikan sementara bagi yang tak baik tu (mungkin dalam post lain) kita jadikan sempadan. Side note: Kalau aku student sekarang, dah tentu-tentu ni akan jadi bahan presentation aku bila lecturer kata "Ok boleh present tentang anything yang you suka". Time degree dulu aku pernah present pasal Hallyu wave dalam kelas, siap paksa rela lecturer tengok video DBSK-Wrong Number lagi...hahah SEBAGAI PENGHARGAAN KEPADA CINTA PERTAMA DUNIA KPOP, CASE STUDY INI DIDEDIKASIKAN KHAS KEPADA DONG BANG SHIN KI (DBSK) ...
3 kpop noona fans talk, discuss, review but mostly rant about Kpop.