Skip to main content

My Man is Cupid #kdramareview

My Man is Cupid

Introduction

#kdramareview.aku tengok drama ni pulak. Biasalah aku kalau suka actor tu, aku stalk drama dan filem2 dia yang lain. Kali ini Jang Dong Yoon pulak. bila tengok balik filemogtaphy dia yang lain, banyak gak aku layan antaranya:

A Poem A Day (may I Give you an advice? lejen ayat ni haha), School 2017, Search, Tale of Nokdu. Disebabkan suka lakonan dia dalam Like Flowers in Sand, aku balik tengok drama dia yang lain iaitu Oasis (mantap ni. paling suka timeline lama dan action scene dia) , My Man is Cupid (another romcom) dan Daily Dose of Sunshine ( on the way).

Dia main actor drama ni dengan Nana. Nana pun aku suka lakonan dia, antara idol yang best dan versatile berlakon seperti drama Kill It dan Into The Ring dan Park Ki-Woong sebagai second lead yang senarai drama dia mantap semuanya dan muka maintain muda. I mean he act in Bridal Mask kot antara drama terlejen, terimpactful pada aku.

Dah tua- tua ni sis dah tak gigih tengok drama heavy thriller crime macam dulu. Lebih layan healing drama yang slice of life & romcom. Yang penting drama ni romcom dan comedy nya tu datang dari karakter memasing.

Sinopsis Pendek

Sanghyuk ni dia cupid yang kerjanya tembak panahan cinta. Satu hari dia tertembak ke diri sendiri lalu jatuh cinta dengan manusia. Hubungan manusia dan fairy tak dibenarkan, lagi-lagi merosakkan red line of fate and destiny. Tapi dia tetap nak perempuan itu dan sanggup bakar sayap dia lalu jadi manusia. Perempuan tu pun sanggup korbankan diri supaya next life dia dapat bersama si cupid.

Sanghyuk kemudian melalui metamorphosis 27 kali dengan kawan-kawan lain. Bertugas sebagai cupid yang dicurse dengan tidak akan ada perempuan yang boleh hidup kalau jatuh hati dengan dia. Tinggal 1 kali lagi metamorposis sebelum dia dapat kembali wings semula, dia terjumpa Baek-Ryeon (Nana).

Veterinarian cantik yang lelaki semua suka sampai nak lingkup klinik seberang jalan. Dia pun seolah dicurse, mana-mana lelaki yang ada hubungan dengannya akan cedera teruk. Panjang lak sinopsis pendek, cerita sampai situ jelah. Kemudian nanti ada elemen crime, flashback zaman raja, zaman retro dll

Random Point

Dongyoon susah nak tengok dia senyum cerita ni..kena tengok karakter baekdu (LFITS) baru nampak gigi rabbit dia.

Soalan legit, testimoni under hynopsis adakah diterima sah dimakhkamah? Adakah hipnosis digunakan dalam penyiasatan polis di malaysia? I know police ada psychology department untuk pegawai, but i dont know about method use for investigation.

Kalau aku masih bitter or rajin, akan tulislah benda romantik tapi tak logik dialam nyata seperti aku buat dalam samdalri kahkahkah

Rating


In short, cerita tak heavy, comedy sesedap rasa, side characters menghiburkan, cross beberapa genre so tak boring. 

Rating saya 6.8/10

Sekian, adios
~B

Comments