Skip to main content

Begins ≠ Youth (2024) #kdramareview

 

Begins ≠ Youth (2024)

Synopsis

Begins ≠ Youth ni asalnya dari storyline dari album HYYH (PrologueRun  I Need U etc) dan juga webtoon Save Me tentang 7 orang sahabat sekolah yang berdepan dengan pelbagai isu during their school time. Kalau korang tak faham sangat BTS Universe ni (macam saya) still ok, as standalone drama pun cerita dia ok.

Pelakon

Kim Hwan

Seo Ji-hoon as Kim Hwan ( karakter Seokjin) dikenali sebagai anak YB yang hensem. Hidup nampak perfect dan cukup rupa, harta tapi dia tak reti berkawan. Lepas berkawan dengan member lain baru nampak karater dia senyum. 

Ji-hoon muka familiar sebab dia dah jadi lead actor beberapa drama dah walaupun dia 97liner. Antara drama dia lead actor Men are Men dan Flower Crew: Joseon Marriage Agency (drama ni entah kenapa tak start tengok padahal ada Min Jae dengan Byeon Wooseok kot) dan watak tambahan dalam drama The Midnight Studio, Signal, Prison Playbook, School 2017 etc.

Kim Dogeon

Seo Young-joo as Kim Do-geon( karakter Namjoon)  anak orang susah yang kena kerja keras untuk cover tanggungjawab ayahnya yang sakit, matang sebelum masanya. Pandai sampai dapat biasiswa walaupun kena kerja part time sentiasa. Scene dia lepaskan rasa pada Jooan tu understandable. 

Dia ada this spesific face yang boleh bawak watak villain very good. As I'm going through all the actors filmography, wow banget sebab most of the are young actors yet with a lot if experiences in drama and movies. Lepas ni nak try tengok lakonan dia dalam movie Juvenile Offender as main lead.

Jeon Jeha

Jeon Jin-seo as Jeon Je-ha (karakter Jungkook) the maknae of the group. Seperti mana JK selalu kena usik dengan hyung sebab paling muda, kat sini pun dia kena juga. Dalam drama ni karakter dia tak takut mati as dia cuba untuk hidup dalam keluarga barunya. 

Macam dalam HYYH, relationship antara Jungkook dan Yoongi adalah dekat dan sedih. My HYYH heart still yearn that Yoonkook ship to be ok again. Dia berlakon macam-macam drama rupanya as child actor, mantap.
Min Cein

Noh Jong-hyun as Min Ce-in (karakter Yoongi) seperti Yoongi dia jenis tak cakap banyak dan sleep is life! tapi sebenarnya dia caring. Also, piano as his first love. Towards the end bila diorang jumpa balik, dia lah yang paling excited. Disebabkan dia tak suka bercakap dan explain diri sendiri, orang salah anggap dia yang bunuh emak dia dengan guna api sebab dia selalu bawak lighter.

Muka dia paling familiar pada saya walaupun lakonan dia tak banyak sebab dia ada dalam drama Short dan  Life on Mars. Ini pun muka ada potensi jadi villain or bad person turn good person ( I just want him to be main character).
Park Haru

Kim Yoon-woo as Park Ha-ru (karaker Jimin) seorang budak yang suka tersenyum. Trauma waktu kecil buat dia selalu nampak halusinasi dan anggap halusinasi tu kawan betul dia. Keluarga yang overprotective sampai budak tu tak boleh ceritakan perkara sebenar dan selalu takut dengan bayangan lama. Geram aku dengan family dia yang treat dia macam orang gila dan malu nak mengaku. Scene tenggalam dalam bath tub pun ada seperti dalam MV.

Kim Jooan


Jung Woo-jin as Kim Joo-an (karakter Taehyung) seorang yang hot tempered tapi caring dengan kawan-kawan. Cuba pertahankan ayahnya walaupun ayah dia kaki pukul sampai family berpisah dan dia sendiri pekak sebelah telinga. 

Lakonan realistic dan mantap. The unpredictable boy. Lepas habis drama ni dan fans mencari breadcrumbs pasal pelakon, dia bukak IG dan tanpa disangka pandai English dan boleh menyanyi. Senarai lakonan belum banyak lagi.


Jeong Hosu

Ahn Ji-ho as Jeong Ho-su (karakter Hoseok/Jhope) yang suka tersenyum dan pandai menari. Dia ditinggalkan emaknya kat amusement park namun dia sentiasa positif dalam kehidupannya. Seperti Hoseok dia ada penyakit yang menyebabkannya pengsan tiba-tiba.

Netizen kagum production boleh cari pelakon yang ada that spesific heart shape mouth smile yang ada pada Hobi. Dan seperti jhope, IG dia colorful dan dia suka fashion.

BTS Universe (BU)

Video dan link untuk cuba memahami Universe ini





My Comment

hello hybe, memang tak nak promo kaw-kaw ke?
.
  • cerita zaman sekolah yang bukan berfokus pada bercinta tapi friendship dan macam mana mereka berkembang memang menarik
  • 7 orang budak lelaki dengan 7 isu dan rahsia hidup masing-masing. tapi mereka cuba memahami, ada bersama dan sapot member sentiasa
  • antara perkara yang mereka kena hadap walaupun masih muda adalah realiti sebenar seperti isu pandang rendah sebab miskin, prejudis sebab khabar angin, penyakit mental dll 
  • when they talk about dreams at the beach, I realized one thing. Sometimes, the most quiet one got the biggest dream. Cien is the broody quiet type but it doesn't mean he didn't have a dream.
  • However late a bloomer you are in your life regarding your work career, business, relationship, financial etc...your time will not come ever, if you didn't give it a chance. 
  • Make yourself vulnerable & go for it, bet everything on the table. The kids  that are now the actors didn't even get the chance if they didn't go for an audition & take the risk to be rejected.
  • Sometimes amazing life changing things are just some ol' things but from a new perspective. Bonus points if the one talking about it is good with words, people love it so much as they can put others common thoughts into simple words
  • Mimpi Yang Belum terwujud. Aku selalu tanya yoongi, it's ok to not have dream but what if you got too many dreams? Soalan ini masih belum terjawab. Tapi aku terfikir 1 perkara pulak. 
  • Iaitu mimpi Yang belum terwujud. Kadang kita tak pernah terfikir pun nak berimpian sesuatu. Tapi ditakdirkan kita dapat capai sesuatu, dan rupanya ini adalah sebuah impian bagi orang lain.
  • Adakala kita tak pernah berimpian apa-apa, lalu kita terlihat, terbaca, terdengar kisah orang lain. Setelah itu baru kita rasa "wah, ini satu impian", maka baru terwujud impian baru. Mungkin kita ada impian yang belum terwujud lagi, belum masa dan ketikanya. I am a believer that things come at the right time.
  • Character development cukup rencah sebab kita kena split between 7 main characters. My favourite would be Tae character played by Jung Woo-jin I'm wondering why his hairstyle looks familiar, got the answer last night when YouTube mix video show C-Clown Far Away MV. Macam Maru, the maknae. (bonus boleh tengok Ian aka "abang jungkook" masa zaman idol)
  • Most important thing I realized is that even teenagers are having real life issue, combined that with their hormones it is a hard time. Wonder how we all survived that period.
  • The ending literally tergantung seperti tingginya platform yang Taehyung diri kat atas tu. Rasanya akan ada sambungan or Part 2 drama ni.
  • Sangat tak berpuas hati dengan kurangnya promo dari side HYBE dan juga company pelakon-pelakon muda kita. Come on Hybe, ini satu-satunya drama yang boleh pakai lagu BTS sebanyaknya and you dont even promote this hard? Rugi siot.
7 boys with 7 dreams

RATING

Storyline agak jumpy with 7 characters yang nak dibangunkan. Mostly ikut storyline dalam BTS tapi banyak benda yang tak clear dan obviously need 2nd part. Best tengok & enjoy their acting.

6.8/10
~B

Comments