4 episode saja for 1 hour each jadi drama ni taklah lama nak habiskan. Nak kata slow cerita dia tak juga, tapi kalau tak sabar memang boleh drop je drama ini. Drama ini tentang seorang remaja 19 tahun Lee So-hyun yang hidupnya sengsara. Dia tinggal dengan emaknya yang alcoholic dan main judi. Semenjak suaminya mati dan mereka hidup sendirian, Sohyun tidak pernah merasa kasih sayang seorang ibu yang hidup dalam dunianya sendiri. Sohyun seperti remaja seusianya memberontak dengan tidak mahu ke sekolah. Dia jadi pickpocket dan bergaul dengan orang yang salah. Satu hari dia ternampak emaknya berjumpa dengan seorang lelaki. Dia syaki lelaki itu adalah ayahnya yang memberi duit kepada emaknya untuk belanja. Dia marah melihat lelaki itu dan nak mengintip kehidupan ayahnya yang dia kira jahat kerana tidak bertanggungjawab kepada mereka. Sohyun siap larikan diri dari rumah dan cari tempat tinggal dekat dengan rumah ayahnya. Dia tidak mengaku dia anak perempuannya dan berpura-pura bekerj...
3 kpop noona fans talk, discuss, review but mostly rant about Kpop.