Skip to main content

Posts

Showing posts with the label isu

WHY DO YOU STILL LIKE KPOP?

Masa mula-mula minat Kpop : “Kenapa ek ko suka Kpop?” Beberapa tahun kemudian : “Eh, ko layan lagi Kpop??” Soalan ini pasti akan ditanya pada korang kalau : 1) dah lama sangat diorang tengok ko layan kpop 2) korang dah masuk kategori Noona Fans . 3) takde reason pun sebenarnya. Saja sibuk dengan hidup orang lain. Interest yang satu ini pastinya menyebabkan orang lain ingin tahu (kadang-kadang busy body je lebih) kenapa ko masih suka kpop, after all these years. Jawapannya adalah bergantung pada individu masing-masing. Untuk aku sendiri, if and when I do actually think, adalah beberapa sebab kenapa still suka kpop (even dah tak hardcore macam dulu). Mari tengok reason aku dan mungkin, korang dapat relate dengan certain reason. 1)       Kpop sebagai tempat “lari” dari masalah dan realiti hidup. Masa mula-mula suka Kpop, harus sebab korang enjoy music, sebab kpop tengah trending, sebab member semua layan kpop, mungkin juga sebab oppa-oppa yang hens

How to make up like Korean IDOL MAN

" In South Korea, being young and active are considered very attractive qualities. Youth equals ability. " - Anon. Beberapa tahun lepas pernah ada kontroversi yang dongsaeng2 fans dirakam memeluk/dipeluk/dicium oleh dongsaeng2 idols (Post Noona pasal isu ni boleh baca sini ). Hikmahnya disitu kita diingatkan supaya berpada2 dalam meminati sesuatu/seseorang. Lepas viral video tu, terus orang kondem antaranya…rupa idols yang jambu tu jugak kau minat. Yang rupa macam pompuan ( what level of insult is this?!? ), yang pakai mekap, yang tak tall, dark, & handsome, dll. Herpderp. So dari sini noona nak highlight salah satu trend yang sejak beberapa tahun kebelakangan ni telah diambil peluang oleh banyak syarikat tempatan di Korea iaitu… Mekap untuk Namja!   atau dalam Bahasa Melayunya.. alat solek untuk lelaki. Sebab tu kut, masa noona balik kampong kat Seoul aritu kan… tukang sapu, penjaga entrance amusement park, penjual roti semuanya mempunyai tekstur kulit bak ba

A Letter to Master-nim

Dear Master-nim, Pertama sekali, terima kasih banyak-banyak sebab ambil gambar yang sangat cantik. Terima kasih juga sebab sanggup susah payah kejar diorang punya schedule dan pergi ke konsert diorang. Kegigihan master-nim sekalian dihargai. Kedua, kalau dapat cakap dengan diorang, sila pesan kat diorang supaya Be happy, be healthy, eat a lot. Dan terima kasih sebab sentiasa berikan performance terbaik atas pentas dan fanservice kepada kami. Ketiga, sebab dunia fansite dan masternim sentiasa mendatangkan tanda tanya dan ingin tahu, disertakan soalan-soalan yang selalu terpikir. Diharapkan master-nim sudi jawab soalan-soalan important ini. SOALAN KEPADA MASTER-NIM 1. Kenapa korang nak jadik masternim? 2. Memang dari awal pre-debut lagi memang nak jadik masternim atau lepas tu? 3. Korang tak kerja ke? (sentiasa dapat cover semua event diorang) 4. Mana dapat duit pergi semua konsert? (banyaknya duit korang) 5. Umur korang berapa? (a

Isu Rapmon, death threat, TRB

Isu Rapmon Noona tak buka Twitter satu hari je, macam-macam isu rupanya terjadi dengan BTS. Aku ingat time nak raya, BTS nak start tour di US takde apa-apa rupanya sangkaanku meleset. Jadi apa cer sebenarnya pasal Namjoon nie? Berdasarkan pembacaan aku, ini bermula dengan satu komen Namjoon pada V dan Hoseok mengenai skin color diorang yang gelap, sampai tak perasan diorang kalau dalam kegelapan. Maka, fans pun tak puas hati la Namjoon, sebagai seorang leader dan orang yang berfikiran matang boleh keluarkan kenyataan kurang bijak seperti ini. Reason fans tak puas hati adalah 1) ini bukan statement pertama Namjoon yang kurang bijak 2) katanya isu ini bukan saja sensitif pada international fans, malah pada Korean. Satu benda yang baru kutahu adalah, perkara ini bukan dikatakan racist, tetapi colorist. Maka akak pun Google la colorist tu ape. Urban dictionary menyatakan colorist sebagai orang yang benci, bertindak secara negatif, racist kepada certain color. Dari isu ini keluarl

Apa Yang Korang Tak Tahu Tentang Peminat Kpop?

Ko minat Kpop? Ewwww Jika korang peminat Kpop atau dipanggil Kpopers (aku sebenarnya tak suka pun gelaran ni), pasti korang berdepan dengan banyak salah faham dan pandangan slack dari orang lain. Disini aku senaraikan perkara yang orang selalu silap faham tentang kita. Diharap list ini serba sedikit dapat membetulkan silap faham yang ada. -Minat Kpop tak bermaksud kami suka dan  sokong SEMUAAAANYA tentang Korea . - Minat Kpop tak bermaksud benci musik lain . Kpop adalah singkatan untuk Korea Pop, iaitu music pop korea. Kpop = salah satu genre music dari Korea. Layan je K-HipHop dan K-Indie. Takde diskriminasi dalam musik ok. - Minat Kpop tak semestinya tahu,faham dan boleh tulis bahasa Korea. Tak semua orang ada kebijaksanaan lingustik, atau kerajinan dan ketabahan untuk belajar  Hangul . Contoh utama, aku. Romanization dan Eng Sub adalah sangat penting dalam hidup aku. -Minat Kpop tak semestinya  hantu drama Korea . Even aku sendiri bukan peminat tegar dram

Are You A Noona Fans too?

Adakah korang jugak noona fan's macam kami noona bertiga? Untuk mengetahui status samada korang dah masuk kategori noona ke belum boleh tengok ciri-ciri noona fans dibawah. Ciri-Ciri Noona Fans 1.Panggil idol sebagai adik-adik, my babies dll, walaupun kadang-kadang diorang lagi tua "Tengok tu adik-adik menang Music Bank hari nie" 2. Bangga lebih-lebih bila diorang berjaya "Bangga giler aku dengar suara Kai dalam album Exodus kali ni" 3.Feeling membesarkan anak bila tengok idol membesar dari kecik "Aku tengok Taemin dari debut lagi kot. Sekarang dah macho macam tu, tak percaya aku" 4.Wallpaper handphone bukan lagi gambar idol, tapi default theme je. "Ah..malas la nak tukar wallpaper" 5.Akan menggelupur kalau orang nak tengok Gallery phone "Ehhh...jap..jap *sambil delete selca adik-adik*..Ok, boleh dah" 6.Tak letak lagu kpop sebagai ringtone, option lain instrumental,piano cover "Ish, mana

#EXOLWantChanyeolDead

Baru-baru ni ada hashtag seperti yang tertera diatas. Terkejut tak? Masa noona baca hashtag tu noona pun bermonolog dalaman "ah sudaaaahh..apa lagi budak2 tak matang ni buat..." tak boleh ke korang jadi fangirl yang penuh dengan kasih sayang??? Asyik nak jadi anti je..cyber bully je...and partime panglima papankunci.  So apa yang Chanyeol buat sampai "fans" jadi marah? Katanya dia ada buat joke pasal skin colour Kai and populariti Suho. Aduuh...kemonlah. It's a joke. He's Chanyeol gerddemmit! Lagipun, benar atau tidak benda ni pun kita tak tau. Tetibe je trending. Nasib baik ada org buat balik hashtag love untuk Chanyeol. Lagi-laaagipun, kalau benarlah Chanyeol cakap macam tu, fine. Dia salah (sebab ada korang yg terbutthurt kan?). Tapi tak perlulah nak mintak dia mati. Aigooo...kawan2 dia kut. Takdenya dia nak caci maki member dia sendiri macam korang "fans" yang nak dia mati. Pffftt..fans lah sangat. Sekarang tak pasal2 penuh twi

Amalkan 30% hati kepada KPOP

Ini hati.   Salah ini lukisan simbol hati. Di bawah ini pula sign hati. Yang buat hati cair terkeluar dari cawan minuman kalian Dua tangan dan jari jemari bertemu 4 jari bertemu Jari dan tapak tangan bertemu Tangan dan jari bertemu di kepala Ini sign heart baru sejak 2014. Simple sign but tell everything. Meroyan tak kalau artis kasi sign heart macam ni. Haruslah! Belum fanservice yang lain kan. Kalau fan service face to face lagi la royan. To reply to the artist mesti korang give 100% love or 99% love or all A grade percent love (80%-100%). Rata-rata fan akan macam tu kan. Cepat mengaku. Betulkan. Mana boleh tak betul bila : a) Hari-hari tengok gosip artis. Check Twitter diorang Instagram diorang. Pastu korang reply message or retweet. " Oppa I love you" " Oppa why you so hensome" " Oppa your nose hair! So sexy!" Opss..hehe.."Oppa" bla bla. Ada lagi dasat siap reply dalam bah

HIJABSTER CONFESSES: “HOW I WENT FROM INDIE TO GILA K-POP”

This noona says it as it is! Couldn't have explained it better. Dongsaeng2 sekalian... silakan baca post dari Afi Noor ini. Now. Paillee!! (click the link below  ↓ ) HIJABSTER CONFESSES: “HOW I WENT FROM INDIE TO GILA K-POP” Right on the dot kan? Especially the concert part. And the good music part. And the fan commitment part. And...ok you get the idea. Eh...maaf. Ter-speaking plak. But seriously, come on lah..takkan tetiba korang tengok video tu, terus suka hati badak nak label kpop ni haram.  Kalau macam tu, noona pun boleh senaraikan berlambak lagi perkara yang patut haram jika korang tak mampu nak kawal diri.  Point is...keep calm and follow kpop. kfood. ktourism. kstyle. kfashion. kkkk~

Gadis Melayu dicabul Mat Kpop?

Arini Malaysian kpop fandom digegarkan dengan berita yang kurang enak. Pertama kali dalam sejarah noona penah dgr. Media Malaysia sedang mensensasikan n tgh viral video anggota B1A4 peluk, cium budak2 Melayu Islam. Gadis Melayu dinoda katanya. Dicabul Mat Kpop gitu... Siap KJ bagi statement ohsem lagi. Oklah, sebagai 'veteran' dalam bab konsert kpop ni, walaupun noona tak berada di tempat kejadian, noona faham. Noona faham mengapa dongsaeng2 bertindak begitu. Namun...ini tidak bermakna noona or in this case, unnie menyokong tindakan korang. Unnie pun pernah melalui zaman kegilaan itu. Kalau tidak, xdelah unnie sanggup panjat pagar semata nak tengok betis sonyokshideh kann.. (sila ignore this statement). Apa yg unnie dapat katakan ialah.. 1.B1A4 tak salah. Mereka non-muslim maka mereka tak tahu batas yg sepatutnya. 2. Hakikatnya mereka juga orang Asia yg punya nilai hormat dan malu yang tinggi. Peluk cium strangers ni pun bukan budaya mereka juga. Kalau kita explain kt

Attack of The Maknae Abs

2014 ada segala jenis skandal yang boleh wujud kat dunia Kpop. Serious tahun 2014 penuh kontroversi. Selagi 2014 tak habis, fandom masih berhati-hati kot ada skandal yang akan melanda. Tetapi, disebalik kekalutan kontroversi, ada satu benda yang noona sangat tak faham. Soalannya adalah... Adakah 2014 tahun maknae group untuk berkongsi hasil "kerja keras" mereka pada dunia? Noona is talking about ABS~ abs~ abss Untuk bukti, sila tengok rajah dibawah. Oh, kalau korang pun under age, sila tutup mata ye. Taemin dah jadik TaeMan ( 1993) This is for sure Top 2 of the best thing happen in MAMA 2014  Chim Chim you got lot's of jams kid ( 1995) Kunpimook Bhuwakul what is this?! ( 1997) Owh..Maknae...i..i... Just chillin by the pool while killing a thousand hundred fans hearteu Adik-adik sekalian, (except you Changmin..but you are forever a maknae to me) please jangan attack Noona macam nie selalu. Noona innocent nie.. Sekian rant hari i

I dont " LIKE", I "OBSESS"

Noona B This comic strip is so true. Comic strip ini mengambarkan peminat kpop secara benar. Dan memberi inspirasi untuk membuat pengakuan terbuka tahap obses kami pada kpop. Marilah berkongsi pengalaman anda sebab kalau korang pernah atau masih dalam KpopLand, memang pasti korang pernah berada dalam mode "OBSES" dengan mana-mana group atau lagu atau artis. So, let begin the story. Disclaimer: Contoh dibawah adalah apa yang pernah Noona buat dolu2 zaman muda belia. Sekarang udah tidak buat lagi....ok, still ada buat, tapi on a different level.Haha Antaranya adalah: Beli baju bertemakan fandom anda. Tak banyak pun pernah beli dalam 3/4 helai je. Baju ini haruslah dipakai ketika nak pergi konsert kan. Let the world know who you are gitu. Sangat bangga pabila mengenakan pakaian tersebut walaupun xofficial. Harga agak pricey jugak la kalo banding dengan tshirt RM15 yang selalu aku pakai tu. Koleksi merchandise lain.Sampul duit raya JYJ. Poster2 free dari maja