Skip to main content

Survival Tips Kpop Concert


Setelah bertahun menjadi peminat hallyu wave nie, harus pernah ke konsert barang sekali dua.
(Ok, itu tipu. Bukan sekali dua je. Itu adalah understatement). Dengan pengalaman yang ada nie, meh sini Noona kasi sikit tips untuk menghadiri konsert kpop nie supaya korang semua dapat bersedia.

Preparation untuk ke konsert.
  • Pakai sport shoe. Heels is a no-no.
  • Pakai baju yang selesa. Kemudian hari la kalo korang nak impress oppa dengan baju korang yang gorgeous tu.Kalau boleh pakai la baju ikut warna fandom korang. Baru gempak!
DBSK punya fandom color adalah merah..
  • Bawak mineral water.Certain concert organizer air pun tak kasi bawak. Tapi kalo ko dah menjerit sepanjang 3jam konsert,memang kering tekak weii.Kalau ada jual kat dalam stadium pun mahal nak mampuih.
  • Bawak lightstick. Nak beli kat konsert venue pun ada.Kadang-kadang fanclub kasi free je.
Baru meriah bila stadium penuh dengan light stick yo!
  • Makan dulu sebelum datang konsert. Tak pun tapau. Kat veneu biasa makanan mahal.
  • Pergi dengan kawan yang boleh meroyan bersama. Sangat tak feel kalau kita je excited sesorang tapi orang sebelah tegak macam tiang bendera.
  • Pastikan bateri segala maknenek korang fully charge. Bawak segala powerbank jugak.Nanti nak balik, nak call member bateri dah kong sebab dok rakam konsert.
  • Tips kamera :- kamera tak dibenarkan kat mana-mana konsert pun. Kami biasa letak dalam telekung. Diorang takde la selongkar telekung sekali. (Tak tau macam mana master-nim fandom kat Korea angkut kamera diorang yang bapak besar dengan lense macam nk tropong orang tu. Diorang level tinggi ow)
  • Cari & memorize fanchant lagu. Ini akan menjadikan concert itu lebih enjoyable. Kasi gegar itu stadium dengan fanchat korang tu!
  • Bawak telekung. Certain concert venue takde proper surau pun. Jadi solat je kat mana-mana yang pasti bersih.

Hari Kejadian.

  • Datang awal ke concert venue. Korang akan seronok sebab : -dapat meroyan & berkenal-kenal dengan fans yang lain, dapat pilih & beli merchandise yang berkenaan dihati & dapat cekidaut dulu kat mana surau,toilet.
Merchandise yang sempat dibeli. Kenangan perlu ada wei..
  • Tegur-tegur & berkawan la dengan fans yang lain. Seriously, kpop fans adalah antara yang paling happy & friendly. Bila duduk sebelah dalam konsert, semua sekepala je. Pastu borak macam dah member bertahun.
Kemain lagi akak tu bersembang. Fanboy pun ada jugak.
  • Jangan lupa ambil merchandise kalau fanclub ada kasi free. Cari je Noona yang muka macam dedicated sangat. Tu fanclub punya noona la tu. Hahaha..
Ini BOICE Malaysia punya keje. Siap ada fanchant siap print dalam tu. Dedicated sungguh.
  • Kalau fanclub buat event masa konsert, sila join sekali & beri kerjasama. Biasanya free je merchandise yang diorang kasi.Enjoy weii. Artis siap sebak lagi tau.

Masa lagu apa ntah, kami tukar color light stick dari Merah ke Biru.
  • Kalau jumpa fans yang macam xbiasa je kan, jangan buat muka pelik pulak. Ada je satu keluarga pergi konsert, dengan anak2 sekali dia angkut, ada fanboy walaupun group lelaki, ada fans dari luar negara macam Singapore, Indonesia & even China.

Ini fanbase dari China. Terbang ke Malaysia untuk konsert. Tabik springgg.
  • Kalau dia kata gate bukak pukul 6, korang beratur la awal sikit kalau nak kedudukan strategik. Tapi kalau dah ada seating number, tenang2 aje. Jangan nak bertolak sangat. Kang ada kena naik ambulans before konsert start lagi.
Bersesak time nie. Ada gate pun macam dah takde line je.
Tudia dah beratur.
  • Kalo naik monorail/ public transport untuk balik, sila beli token/tiket awal2 kalau xde touch n go. Kalau x beratur la korang nak beli token balik.

Semasa Konsert.

  • Kalau bawak hand banner, jangan sampai orang belakang tak nampak.
  • Jangan zalim sangat pegi bawak stool aka bangku sebab nak tgok oppa.Ingat ko je ke yang beli tiket??
  • Jangan rakam the whole concert. Sikit-sikit sudah. Enjoy the moment. Bukan hari-hari oppa datang Malaysia.
  • Kadang-kala tengah konsert kalo ada seat kosong, organizer kasi upgrade seat. Tak ke untung bila beli seat RM 299, dapat upgrade pegi seat RM 499? Kalau nasib baik la.
  • Jerit sepuas hati. Nak nangis meleleh air mata pun takpe. Please la jangan xde perasaan sangat. rugi bayar beratus tapi masa konsert nak cool. Kalau nak cool, esok2 pun boleh.

Habis konsert.

  • Nak balik sabar, jangan tolak-tolak.
  • Sampah dah pandai buat, pandai buang dalam tong sampah.
  • Beli merchandise. Sebab kadang2 seller nak kasik barang habis, dia jual lagi murah.Kalau boleh beli yang jenis 3 RM 10 ke atau tawar macam tu. Tong2 la dengan member kan.
  • Hati-hati kalo korang pegi kejar oppa balik hotel atau ke airport. Seriously tukang bawak van diorang boleh masuk F1 woo bawak kereta.
  • Kalau korang & orang lain dapat tangkap towel ke tshirt yang oppa campak,bawak2 la berbincang sape nak amek ye. Belah dua ke, osom ke. Jangan bertumbuk sudah. (Dapat tengok depan mata masa CNBLUE, takut akak berlaku drama. Nasib baik mereka cool)
Towel nie yang jadik rebutan masa tu. Lepas diorang settle siapa dapat nie, kami tumpang bergambar je.
  • Post Concert Depression Syndrome.Ini akan jadi lepas habis konsert. Satu post khas harus dibuat untuk isu ini je.

EXTRA : Macam Mana Kalau Tak Sempat Beli Tiket?!

Don't worry, korang prepare je duit sebab last minute mesti ada orang yang akan tak dapat pergi atau dapat tiket lain atau dapat tiket free atau nak tukar seating.

Apa yang korang perlu buat adalah ready duit & alert kat official Malaysia fanbase korang, especially Twitter & FB. Lepas tu, boleh la tukar atau beli tiket.

Tips:
1- pastikan jumpa orang tu, baru kasi duit. Jangan transfer macam tu je. Kalau deposit saja logik lagi.
2- Kalau boleh tanya kenapa dia nak jual tiket tu.
3- Pastikan tiket tu original.
4- Kadang-kadang kat depan gate venue konsert ada je orang jual tiket lebih. Tapi pastikan yang ori.
5- Masa nak tukar atau ambil tiket tu, sila jumpa kat tempat public yang ramai orang.

Macam kitorang dulu siap offer lagi tiket free sebab terlebih. Offer kat budak yang beratur kat lane lain.Tiket kira upgrade la.Tapi sebab punya baik budak2 tu setiakawan, dia kata " Takpe kak. Nanti tak dapat duduk dengan kawan". Sebenarnya dia taknak sebab nanti tak dapat meroyan dengan kawan. Akak faham dik.

Sekian sahaja tips untuk survive a kpop concert. Harap korang take note & bersedia ye.
Yang penting adalah jaga keselamatan korang & enjoy the concert!!!

Comments

  1. nak tanya boleh tak kalau bawak bagpack and cemana kalau nak bawak botol air terima kasih ��

    ReplyDelete
    Replies
    1. haii..eh sejak bila kpoppers juga seorang backpacker ni? nampaknya kita boleh jadik BFF la..please hit us on Twitter..hehe
      Untuk menjawab soalan, as long as backpack tak besar sangat, comel2 je..boleh bawak masuk.

      Tapi kalau besaq dah 40L ke atas tu maybe dia mintak tinggal kat luar. Biasanya ada bilik khas untuk simpan barang. Botol air pun biasanya tak boleh bawak.

      Sumbat je dalam backpack tu kasi tersorok, lepasla nanti.

      p/s..nak pi konsert mana tuuu..nak ikut

      Delete
    2. rasanya bagpack saiz beg sekolah leh masuk tak? saya jadi takut kena tahan ja huk huk saya nak pegi ikoncert bulan Ogos ni since its my first concert kenalah buat persediaan

      Delete
    3. oo saiz beg sekolah biasanya boleh lepas..wah seronoknya nak pi konsert ikon..hafal fanchant tau...baru best!

      Delete
  2. Biasanya Kalau nak beli ticket Konsert kat mna?

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh pergi masa ticket launching..ikut organizer buat kat mall KL mana-mana macam Kenanga, Fahrenheit 88.
      Boleh juga beli online ikut organizer redtix, ticketmaster.

      Yang penting dapatkan info dari concert organizer. Tanya fanbase kat malaysia, confirm dapat info latest.

      Delete
  3. hi hi :) nak tanya kalau nak beli lighstick on the sport dekat concert venue, biasanya harga dia murah atau lagi mahal dari harga online?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau di venue lightstick biasa ada jual. yang fanbase punya harga lebih kurang sama.

      boleh juga beli online, pickup kat venue. ni order la dengan fanbase/kpop shop..at least kualiti elok
      ~b

      Delete
    2. wah thankyu sebab reply:"D satu lagi kan,, better ambik tiket standing ke seating kalau fan yang rendah macam saya ni..boleh tahan rendah la jugak, dalam 150cm ;-;

      Delete
    3. kalau kitorang depends pada bajet..duit tak berapa ada kita berdiri je sepanjang konsert.
      tapi kalau bajet takde hal, seating yang depan harus sekali..hahaa

      no problem, jawabkan apa yang tau je. sorrry reply lambat.hee
      b

      Delete
  4. hi sis! ! elok pergi pukul brape ya concert venue?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai! kalau konsert start 8/8.30pm, kami selalu pergi awal sikit dalam 3pm? Lepas lunch,pi venue cari port parking, toilet, surau. Lepastu shopping merch, lightstick, jumpa fans lain sambil excited tunggu konsert.

      selamat hari raya!
      ~b
      25/6/17

      Delete
  5. Hi, nak Tanya tiket tu nanti kene bagi time nak masok gate ke ..family bole tunggu kat luar stadium ke before konsert start

    ReplyDelete
    Replies
    1. adudududu..sorry baru baca komen..Yup tiket masa nak masuk gate. Boleh je tunggu kat luar, tapi lama la jugak dalam 3 hours
      B

      Delete
  6. hi dear, nak tanya selalu nya rate tiket dri RM ke RM berapa ye?paling murah and paling mahal around barapa..? mcm mana nak beli teket..fanbase malaysia ap ye...myb u can provide the link..tqsm

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau sekarang ni paling murah dalam rm100+ ke RM200+
      paling mahal daalm RM800+ depends on artis. lagi senior artis, lagi banyak fans, lagi rare konsert, lagi mahal
      Fanbase tu boleh search je kat Twitter or Fb taip nama fanclub Malaysia contoh "Army Malaysia, Malaysia VIP"

      Delete
  7. Wktu nk kasi tiket nk masuk tu?? Kita just kasi je ke kt org tu? Dia tk de tnya ic ke apa ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sorry lambat reply πŸ™‡
      Tunjuk tiket je nanti boleh masuk. Awak tweet je noona kalau ada soalan lagi. Twt cepat reply😁
      B

      Delete
  8. hi sis nak tanya. lighstick fandom yg harga ratus2 tu wajib ada ke cane? ke ada lightstick yg lg murab

    ReplyDelete
    Replies
    1. eeeeh tak wajib. yang official lightstick memang beratus. beli je lightstick kaler2 biasa pun takpe, Daiso pun ada jual rasanya. Kat luar venue konsert ada je orang jual murah2..buat seronok2 wave around masa konsert tu
      ~b

      Delete
  9. Nak tanyaa hehe... Sempat ke nak sampai rumah kalau naik transport awam time pergi concert?? Selalunya diorg habis pukul brp eh??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haii.. Tengok konsert start pukul berapa. Biasa duration dalam 3 jam. So paling lambat 11pm kalau nak tunggu semua keluar concert hall. Kalau naik public macam LRT, kena keluar before last train bergerak. Kalau naik Grab, sila naik ramai-ramai.

      Remember,
      Safety first, Safety second, coolness third
      ~b
      ~b

      Delete
  10. akak kalau beli tiket kag org macam mane nak tau tiket tu ori or tak??

    ReplyDelete
    Replies
    1. ah ni susah sikit. kena tanya offical ticket organizer apa ciri tiket ori, biasanya barcode dia. My opinion, jangan transfer duit kalau tiket belum ada ditangan. Maybe kasi deposit & bayar full face-to-face.
      ~b

      Delete
  11. kalau maghrib cane eh??

    ReplyDelete
    Replies
    1. 1. Tempat Solat
      search tempat solat di venue concert. kalau di stadium biasanya memang ada surau atau mussola. Bawa telekung sendiri (untuk perempuan la kan) supaya tak berebut telekung. Kalau dah search memang takde, cari tempat tersembunyi tapi bersih, cari arah kiblat (pakai apps) dan solat.
      2. Waktu Solat
      Kalau boleh jamak (untuk orang jauh), jamaklah solat itu ke waktu Isyak. Kalau dalam venue ada tempat solat, masuk awal & pergi solat dulu. Jika konsert start awal 6.30pm contohnya, waktu Maghrib pergi solat sekejap, paling lama pun 15 minit.

      Terima kasih tanya solat ni. Ingat adik-adik, solat itu wajib, jadi kasi settle dulu ok
      ~b

      Delete
    2. so kalau dah masuk dalam stadium tu pukul 6 (misalnya mula kul 6) boleh keluar dari seat ke nak pergi solat..macam mana kalau org tu tak bagi masuk bali..ok terus terang jelah hmm stadium malawati shah alam biasanya surau dia kat luar stadium ke atau didalam?mesti susah nak ke suraunya nak solat..huhu camne ni (bp concert)

      Delete
    3. oh stadium malawati sama tempat dengan konsert tvxq dulu. masuk je awal takde masalah. surau dia kat dalam ada, tak silap kat tingkat atas. bila masuk venue lepas tunjuk tiket, dia lekat tag kat tangan. bila nak pi toilet or surau pergi je, asalkan dalam stadium & ada tanda tu.

      or boleh tunggu maghrib sekejap & masuk lambat sikit (dulu ada tempat solat kecik luar stadium sekarang tak tau ada tak), Magrib pun masuk awal waktu sekarang.

      Delete
  12. hai! nak pujuk mak ayah kasi pergi concert ya? noona takde pengalaman ni sebab mula-mula dulu pergi je dengan member, cakap nak lepak dengan kawan. Tapi beritahu lah, ok dah jumpa kawan, dah otw balik dll. Dulu pun sebab kat U, dengan member je paling dekat.

    Untuk adik-adik biasa Noona tengok diorang bawak mak ayah pi konsert. Kalau duit lebih, bawak masuk sekali konsert. Kalau tak, ada je parents tunggu kat luar venue. Yang penting kita bagitau selamat kan.
    ~b

    ReplyDelete
  13. Kalau takde tiket tapi sesaje pegi venue tu just nak kutip freebies n beli merchandise pastu nak dpt aura sikit haha boleh je kan ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh je takde masalah. Kadang ada orang jual tiket last minute jugak. kalau bawak duit lebih, bolehlah beli tiket konsert. Dapat dengar suara diorang dari luar pun dah best hahaaa
      B

      Delete
  14. Kalau nak kutip freebies kat concert mmg kene ade tiket ke ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. freebies yang fans lain bagi tu free je. biasanya diorang utamakan yang ada tiket masuk konsert lah. ada yang nak kena follow twt/IG lah..ikut diaorang. freebies biasa ambil kat luar venue je

      Delete
  15. Klu bwk anak bwh 2thun boley x?? Kene byr tiket utk mreke skali x??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh, kalau anak 2 tahun dan kebawah tak boleh bawa masuk. Sekejap saya copypaste dari organizer StarPlanet

      -Baby/kanak-kanak dua tahun dan kebawah tidak dibenarkan masuk venue
      -Kanak-kanak ketinggian 95cm dan kebawah dapat harga tiket budak, 95cm keatas harga tiket biasa
      -Untuk keselamatan, wanita mengandung & kanak-kanak 10 tahun dan kebawah tidak dibenarkan ke Rock Zone.

      thats it. harap membantu!
      ~B

      Delete
  16. Sorry... nk tanya camera mmg di larang ke mcm mana? Pastu bila first sampai kt stadium tu nk kena buat apa? Saya first time nk pegi concert kpop so blurr sikitπŸ˜…

    ReplyDelete
    Replies
    1. Camera memang tak boleh bawak masuk dalam, nanti dia check kena amek. Kalau nak bawak jugak kena pandai-pandai sorok. Sampai stadium tu kalau awal lagi boleh chill2 je, borak dengan siapa2.

      Boleh beli merchandise macam tshirt, keychain, sticker buat kenangan. Boleh kutip freebies kalau ada orang kasi free..haa camtulah

      Delete
  17. Hai..nak tanyaa..klo bawah tablet kat dalam venue..lepas tak???nk g fm btob 16/12 niii..first time..hehehe excited lebihhhhh

    ReplyDelete
  18. Haiii.Nak tanya..Mcm mana nak tahu tiket konsert fake or todak?

    ReplyDelete
  19. Walaupun BTS belum adakan konsert kat sini lagi saya dah baca dulu untuk amik aura awal-awal. mala la tahu kan hahaha. Tapi mesti tiket dorang nanti mahal-mahal kan

    ReplyDelete
  20. hi. original tiket kena tanya organizer dia. kadang dia ada hologra, kadang ada barcode dia

    ReplyDelete
  21. hi mr wonwoo taehyung baekhyun..habislah semua awak punya haha..yes2 amek feeling dan aura nanti baru semangat nak berebut tiket..hehe sekarang dah worldwide artist harga tiket pun confirm level grammy huuu..kumpullah duit nanti cukup nak beli tiket

    ReplyDelete
  22. kalau saya seludup dslr bawak masuk concert organizer perasan ke tak eh?

    ReplyDelete
  23. confirm diorang jumpa dslr tu. sebelum masuk dia akan check dulu. sia2 je beli tiket kalau tak dapat masuk atau kena tendang keluar venue

    ReplyDelete
  24. Kalau concert Exo takde seat VIP ke ? Kalau ada , berapa Rm ? Nak mula menabung dari sekarang , kot kot ada buat concert kat Malaysia 😬

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh mesti ada. tengok concert seating nanti ada harga berapa. simpanlah dalam 600-800+ untuk tiket duduk kat depan

      Delete
  25. Haii. Nak tanya. Henpon boleh bawa masuk tak??

    ReplyDelete
    Replies
    1. haii! boleh bawak handphone. sekarang kamera phone lagi berkualiti zooom je rakam video & gambar

      Delete
  26. Hai nak tanya, kalau macam beli tiket online.. nanti nak masuk just tunjuk tiket by phone ke or kite kena dapat kan tiket pass dkat kaunter by hand ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. uuu ni tak sure sekarang kena ikut organizer

      Delete

Post a Comment