Skip to main content

Kpop Concert FAQ Compilation


Disebabkan makin banyak konsert kpop yang diadakan di Malaysia & lebih ramai kawan-kawan yang nak pergi konsert ini, eloklah Noona compile kan soalan yang selalu ditanya berkaitan konsert. Boleh juga digunapakai untuk fanmeet dan sebagainya.

Kalau ada lagi soalan yang belum dijawab, komen je dibawah, nanti kami cuba jawab mana yang mampu. Selain tu boleh baca artikel lain mengenai konsert Survival Tips for Kpop Concert.

PURCHASING TICKET

MACAM MANA NAK BELI TIKET? 
  • Boleh beli tiket semasa offical ticketing. Biasa dibuat dimall. Tunggu pengumuman organizer.
  • Online ticketing pun ada selepas habis waktu official ticketing. Biasanya dalam hari yang sama.
BELI SEMASA OFFICAL TICKETING
  • Pastikan bawa duit cash/debit card/ credit card untuk beli tiket. 
  • IC atau identity card bawa untuk beli tiket. 
  • Selesaikan urusan di bilik air, solat & makan dulu sebelum beratur. Bawa air atau snack boleh isi perut waktu beratur. 
  • Sudah pilih nak seating mana, VIP ke free standing ke. Penting supaya duit yang dibawa cukup. Adakan beberapa pilihan/ backup choice, kalau seating yang kita mahu sudah sold out, at least ada pilihan lain. 
  • Selain ikut bajet, seating pun boleh pilih berdasarkan kebiasaanya bias/ member pilihan hati selalu disebelah kanan, kiri atau tengah stage. Ha..barulah puas boleh tatap muka beliau lama-lama. 
  • Beratur dengan member. Boleh tolong jagakan tempat kalau emergency kena pergi toilet dan sebagainya. 
  • Overnight lining up adalah tidak digalakkan atas factor keselamatan dan peraturan mall. Sila ikut arahan pihak berkuasa. 
  • Jika official fanbase ada buat queu number yang jujur, joinlah. Ini usaha fans untuk atasi masalah scalper. 
  • Pergi ke mall awal pagi dan beratur dengan elok diline yang disediakan. Harap bertenang dan bersabar menunggu giliran. Biasnya ticketing dalam mall, jadi jaga tingkahlaku sebab ingat “you are the face of your idol”. 
  • Selepas beli tiket dan terima gifts (poster contohnya), simpan tiket elok-elok. Jangan sampai hilang, koyak, rosak dll. Juga jangan upload tiket dengan barcode di internet. Silap-silap tiket korang kena rembat sebab nampak barcodenya. 
KAT MANA NAK BELI TIKET?

Official ticketing biasanya dibuat dalam mall di KL. Juga boleh dibeli dioutlet jualan terpilih seperti Speedy dll.

BERAPA HARGA TIKET?

Ikut seat yang korang nak. Lagi lawa view, lagi dekat dengan stage, lagi mahal. Range harga tiket dalam RM300+ hingga RM800++. 


BELI SEMASA ONLINE TICKETING
  • Kenalpasti web mana yang ada jual tiket. Daftar dulu di website tersebut.
  • Pastikan jenis bayaran yang diterima samada debit/credit card dll. Pastikan baki anda cukup dalam CC dan transaksi internet dibenarkan untuk card it.
  • Buka web di laptop dan di mobile sebagai backup. Boleh minta tolong kawan standby dilaptop diorang juga.
  • Pastikan data internet ada, dan duduk sebelah modem terus supaya internet connection korang laju berdesup.
  • Ready depan website dalam sejam sebelum online ticketing bermula. Bersedia for a battle tapi pastikan hati tenang. Oh ya, at least fikir beberapa pilihan seating .
  • Lepas dah berjaya membeli tiket online, jangan lupa claim tiket korang dioutlet atau distadium mengikut arahan pihak organizer.
  • Baca arahan sebelum redeem ticket. Ada yang mahu nama pemilik CC sama dengan ticket, ada mahu CC dibawa masa ambil ticket. Senang kata ikut jelah arahan mereka, baca Terms& Condition bagai tu.
  • Macam biasa, tak usah tayang eticket yang telah dibeli.

MACAM MANA NAK TAHU TIKET ORI?

Kena tanya offical ticket organizer apa ciri tiket ori, biasanya barcode dia. My opinion, jangan transfer duit kalau tiket belum ada ditangan. Maybe kasi deposit & bayar full face-to-face. Semak juga kalau seller ticket ada kes sebelum ni.

KALAU BAWA ANAK BAWAH 2 TAHUN BOLEH TAK? KENA BAYAR TIKET SEKALI TAK?

kAnak 2 tahun dan kebawah tak boleh bawa masuk. Ini quote dari organizer StarPlanet
- Bayi / kanak-kanak dua tahun kebawah tidak dibenarkan masuk venue
-Kanak-kanak ketinggian 95cm dan kebawah dapat harg tiket budak, 95cm keatas harga tiket biasa
- Untuk keselamatan, wanita mengandung dan kanak-kanak 10 tahun dan kebawah tidak dibenarkan di Rock Zone

CONCERT DAY

NAK BAWA APA KE KONSERT?
  • tiket, queue number,IC (supaya boleh masuk venue)
  • pakai baju & kasut selesa (simpan dulu high heels atau platform kalau tiket standing, sakit kaki oo)
  • handphone & powerbank (untuk ambil gambar oppa, call mak ayah lepas concert habis)
  • lightstick (untuk memberi sokongan kepada oppa)
  • extra bateri untuk lightstick
  • duit (untuk beli makanan, merchandise)
  • hati yang lapang & hafal fanchant
  • telekung (atau pakaian bersih bertutup untuk solat dimana-mana)
PUKUL BERAPA KENA DATANG? 

Datang awal dalam lepas Zohor (2pm) ke kalau concert dalam 7pm. Sementara tunggu gate dibuka, boleh beli merchandise, jumpa fangirl lain yang dok borak dalam Twitter atau IG tu, join fanproject dll. Pastikan makan berat sebelum masuk venue.

FAMILY BOLEH TUNGGU DILUAR?

Boleh je tunggu diluar. Biasa concert dalam 3jam macam tu.

MACAM MANA NAK PUJUK MAK AYAH NAK PI KONSERT?

Untuk adik-adik biasa Noona tengok diorang bawak mak ayah pi konsert. Kalau duit lebih, bawak masuk sekali konsert. Kalau tak, ada je parents tunggu kat luar venue. Yang penting kita bagitau selamat kan.

KALAU TAKDE TIKET TAPI SAJE PI VENUE NAK KUTIP FREEBIES & BELI MERCH PASTU DAPAT AURA SIKIT BOLEH JE KAN?

Boleh je takde masalah. Kadang ada orang jual tiket last minute jugak. kalau bawak duit lebih, bolehlah beli tiket konsert. Dapat dengar suara diorang dari luar pun dah best hahaaa

KENAPA TAK BOLEH BAWA MASUK XX,XX?

Sebab isu keselamatan. Prohibited item akan diberitahu oleh organizer.

  • Professional camera 
  • Monopod 
  • Ipad 
  • Sharp object 
  • Mineral water 
  • Stool/folding chair 
  • Outside food/drink 
  • Umbrella 
  • Fishnet ( Tak taulah korang nak sauk apa dalam concert hall tu)

KALAU NAK BUAT LIVESTREAMING/IGLIVE/FBLIVE BOLEH?


Cannot dik. Bahaya tau nanti boleh dikick keluar dari konsert. Pandai2 lah kalau nak buat ya, jangan kasi obvious sangat, jangan lama sangat. 

BOLEH BAWA BANNER?

Boleh bawa, ikut saiz yang dibenarkan. Kalau dah besar macam bunting iklan memang tak lepas dik. Kesian orang belakang nak tengok konsert kena tutup dengan banner besar hang.

BOLEH KASI HADIAH KAT ARTIST?

Tanya fanclub/fanbase kalau diorang ada kumpul. Kalau organizer tak kasi, kenalah redha ye. Kena fikir jugak berapa banyak luggage kena tambah untuk angkut present korang balik Korea nanti, kenalah consider itu semua ya.

BOLEH JOIN FANPROJECT?

Kalau project diluluskan oleh pengurusan artis dan organizer, fanclub/fanbase akan umumkan. Boleh join dan meriahkan fanproject seperti banner project, lightstick project, birthday project etc.

KENA BERATUR AWAL KE?

Kalau dah ada queue/seating number its ok. Memang dah reserved untuk anda, tapi kalau ada orang ambil seat korang, pertahankan hak anda.

Bagus datang venue awal nanti mudah cari parking, redeem ticket, beli merch. Selain itu korang boleh juga

DATANG VENUE AWAL NAK BUAT APA?
  • kutip freebies yang diberi oleh fans lain, fanbase atau fansite. Biasa diorang akan umum dalam Twitter, jadi stay alert dengan # berkaitan di Twitter
  • meet up dengan Twitter, Ig friends korang. Bolehlah lepak dan borak kalau dah mutual gitu. Pi lepak tempat selamat ye.

MACAM MANA NAK MINTAK FREEBIES?


WAKTU NAK MASUK TU TUNJUK TIKET JE KE? ADA TANYA IC KE?

Tunjuk tiket je. Melainkan baru nak ambil tiket kat sana, kena tunjuk IC atau pengenalan untuk redeem ticket online dll.

TIKET STANDING KENA BERATUR AWAL JUGAK KE?

Standing ticket biasanya dia kasi queue number. Queue number ni adalah nombor beratur sebelum masuk venue. Dah masuk standing zone nanti korang boleh berdiri mana-mana. Biasanya yang dapat queue mestilah nak depan sekali kat barrier untuk view paling dekat.

NAK SOLAT MACAM MANA? 

1. Tempat Solat
search tempat solat di venue concert. kalau di stadium biasanya memang ada surau atau mussola. Bawa telekung sendiri (untuk perempuan la kan) supaya tak berebut telekung. Kalau dah search memang takde, cari tempat tersembunyi tapi bersih, cari arah kiblat (pakai apps) dan solat.

2. Waktu Solat
Kalau boleh jamak (untuk orang jauh), jamaklah solat itu ke waktu Isyak. Kalau dalam venue ada tempat solat, masuk awal & pergi solat dulu. Jika konsert start awal 6.30pm contohnya, waktu Maghrib pergi solat sekejap, paling lama pun 15 minit.

MACAM MANA NAK PERGI VENUE CONCERT? 
  • Drive. 
  • Tumpang kawan yang nak pergi sekali ke concert. 
  • Naik public transport. 
Sekarang sudah ada Grab, mudah je nak ke mana-mana. Kalau boleh carpool even naik Grab pun untuk keselamatan ya.

SEMPAT KE NAIK PUBLIC TRANSPORT BILA KONSERT HABIS? BIASA KONSERT HABIS PUKUL BERAPA?

Tengok konsert start pukul berapa. Biasa duration dalam 3 jam. So paling lambat 11pm kalau nak tunggu semua keluar concert hall. Kalau naik public macam LRT, kena keluar before last train bergerak. Beli token balik dari awal (supaya tak perlu beratur untuk beli token balik) atau guna TouchNGo supaya dapat kejar last train.  Kalau naik Grab, sila naik ramai-ramai. Remember, Safety first, Safety second, coolness third

BERAPA RM NAK BAJET UNTUK BELI MERCHANDISE? 

Sesungguhnya ikut bajet masing-masing. Official merch mahal sikit lah, but its ok sebab official, jadi boleh support oppa. Kalau bajet tak banyak, boleh juga cari merch unofficial, merch dari fanbase/ fansite. Simpanlah tiket, banner concert buat kenangan juga.

LIGHTSTICK FANDOM YANG HARGA RATUS-RATUS TU WAJIB KE? KE ADA LIGHTSTICK YANG MURAH SIKIT?

Eeeeh tak wajib. yang official lightstick memang beratus. beli je lightstick kaler2 biasa pun takpe, Daiso pun ada jual. Kat luar venue konsert ada je orang jual murah2..buat seronok2 wave around masa konsert tu. Yang penting ikut kemampuan dan bajet kita.

BOLEH PEGANG OPPA KE?

Ikut pengalaman saya, agak susahlah sebab jauh kot kita dengan stage. Kalau fanmeet dan ada hi-touch tu kira lainlah ye.Tapi kalau dah dekat betul tu, ada rezeki nasib koranglah. Cuma ingat je keselamatan dan batasan tau saudari. Ikutlah arahan organizer dan abang Rela.

Sekian dahulu kompilasi soalan berkaitan konsert kpop yang selalu ditanya. Untuk sebarang maklumat lanjut, hubungi fanbase/fanclub korang. Boleh juga tanya terus kepada organizer konsert mengenai sebarang keraguan.

Nak baca pengalaman/fanaccount kami masa konsert dibawah ni ada


Comments

  1. Assalammualaikum, kalau ticket concert terkoyak separuh (kat bahagian yg perlu dikoyak) macam mana ? Saya takut tak boleh masuk stadium :'(((

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam. Dia akan tengok dibarcode juga & tunjuk IC jika perlu. Boleh tu masuk insyallah

      Delete
  2. Biasanya kalau beli lightstick kat sana or merchandise all around berapa ringgit ya ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasa beli sebelum pi konsert. kalau beli kat stadium ada line untuk official lighstick & merch. Harga pulak kalau official dalam 100+ lightstick, beli yang tiruan dapat murah lagi

      Delete
  3. boleh tak sis terangkan pasal send off dengan soundcheck ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh menarik ni. insyaAllah sis buat satu article untuk term2 baru dalam konsert. nanti akan tepek link kat sini. thanks for reading!!

      Delete
  4. kalau konsert sdg dijalankan, then kita tiba2 nk pergi toilet boleh ke?

    ReplyDelete
  5. Hi, nak tanya. Cth, concert di Stadium Bukit Jalil. Park bahagian mana yang ok. Dekat dgn pintu masuk stadium atau dekat dengan pintu pagar stadium? Kalau habis concert memang jammed teruk ke? Sorry tak tau hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. sorry baru nak reply...bukit jalil kena tengok seat sebab ada view yang terhalang..better study dulu previous concert kat stadium tu punya view..habis concert memang lambat la nak bergerak keretanya

      Delete
  6. Hi nak Tanya Dari umur berapa boleh masuk concert ye? Atas 10+ ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi. kena tengok age limit ikut concert organizer. biasa dia akan letak dalam website beli tiket. ada yang 5+ ke atas, ada yang 16+ ke atas. Yang minor bawah umur (16 tahun/18 tahun bergantung organizer punya definition) kena ada guardian penjaga umur 18 ke atas

      Delete
  7. hi , kak bole ke tak bawak IC kat consert

    ReplyDelete

Post a Comment