Skip to main content

Baling Belakang Concert

Kpop Concert, Fanmeet, Gathering Experiences in Malaysia

Selesai beli tiket BTS untuk konsert TRB, Noona teringat pulak konsert-konsert Kpop sebelum nie yang Noona pernah pergi. Takde la banyak mana konsert, performance atau fanmeet yang sempat pergi. Tapi yang dah pergi tu menjadi memori, lagi-lagi bila dah makin matang usianya (Usia je yang matang).

Jadi, mari kita baling belakang Kpop konsert #throwback sambil mengimbau memori lampau.

Korean Music Wave 2011 in Malaysia



24 September 2011
Stadium Merdeka
Tiket free kontes ( 2 rockzone, 2 VIP)

First outdoor concert , actually first kpop concert ever. Ini memang kelakar dari mula. Aku dapat call menang kontes, jadi kena pergi amek. Masalahnya, aku tak tau kontes mana aku menang sebab aku masuk banyak kontes masa tu. Berpusing-pusing dalam Seri Pentas nak amek tiket.

Masa nie aku dengan Noona A ambil tiket VIP sebab ada seat katanya. Sekali seat tu adalah kerusi merah tuition tu. Time Big Bang, kerusi dah kemana je sebab dah luar kawalan. Jumpa Baki first time masa nie, dia duduk seat belakang aku. Time Hyuna 4Minute keluar, dia punya menjerit, boleh pecah gegendang telinga aku. Ika dengan kawan dia ambil tiket rockzone. Memang rockzone tu tengah-tengah stage...Terima kasih pada VIP yang kasi aku dengan Noona A pinjam lightick dengan crown VIP korang, dapat jugak ambil gambar buat kenangan.

Play FT Island 2012

14 Januari 2012
Stadium Negara 
Tiket RM 141

Kali ini kita beli tiket dengan Noona A, macam biasa tiket paling murah. Time kami nak pergi, sekali akak Noona A boleh pulak dapat tiket free pergi konsert nie, jadi kami pergi sama-sama. Peringatan, kalau korang pergi konsert band, ambil tiket paling dekat. Sebab diorang main gitar,drum dll jadi diorang tak boleh banyak bergerak. Kalau ambil tiket paling murah ( baca:paling jauh), memang nampak gitar je la.

Konsert nie 2 jam ngam-ngam je, takde encore pun. Masa konsert nak start, bahagian tengah VIP tak penuh lagi. Organizer boleh pulak tak upgrade orang supaya penuhkan seat tu. Kan tak best FT Island tengok. Tapi suara Hongki memang sama live dengan dalam CD, thumbs up.

Twin Tower @Live 2012 Concert



23 Mac 2012
KLCC Park, bawah Petronas Twin Towers
Tak perlu tiket

Masa ni Yuri takde sebab ada filming..sedih sikit sebab my bias.Diorang perform 6 lagu kot, dah macam mini showcase SNSD dah.Seingat aku diorang nie last minute dipanggil sebab Kylie Minogue tak dapat datang. Dahsyat la Petronas, bidan terjun diorang SNSD ok.

Konsert ni ada ramai lagi performer lain tapi SNSD paling gempak se-Malaysia sebab 1)tiba-tiba nak datang 2) first time diorang ke Malaysia 3) open concert. Konsert ini dibuat sempena F1 Sepang tu, dan memang menjadi kebiasaan untuk ini menjadi open concert. Yang beli tiket biasa dapat view depan sekali. Lepas pukul berapa ntah, diorang akan open barrier dan orang takde tiket boleh tengok sekali.

Kali ini, organizer lambat ( ke memang biasa macam tu) buka barrier. Lepas berhimpit-himpit, dan fanboy dah macam kena sawan menjerit "Open! Open! Open!!" kat belakang kami, akhirnya dibenarkan masuk. Skuad #kasirempuh tercipta masa nie. Aku, Noona A, Noona HQ dengan kawan-kawan diorang adalah ahlinya. Aku kira pangkat prebet je. Noona HQ antara paling agresif woo. Kitorang pegang tangan masing-masing, dan rempuh semua orang.Sapa cepat dia dapat la berdiri kat tempat yang dapat view awesome. Siap lompat barrier besi yang dekat 1 meter tinggi tu. Giler la time nie. Ooo sampai sekarang aku pun tak sangka boleh panjat barrier demi SNSD.

Ini juga antara first time nampak fanboy yang hardcore tu. Fanchant "Gee..Gee..Gee" kedengaran sangat lain dengan suara-suara garau diorang. Ada yang beli tiket Gold untuk tengok SNSD je. Habis diorang perform terus blah. Punya ramai umat manusia, sampai jalan yang sebelah sana ti penuh dengan orang.

Akhirnya dapat kedudukan tepi stage setelah menonton SNSD dari belakang sebelah dengan abang Bangladesh. Namun, kedudukan ini menyebabkan aku mampu tengok kaki mereka yang panjang itu je. Nasib baik ada skrin besar.

A Date With Jung Il Woo Holika Holika Malaysia

Credit: http://jungilwoomy.blogspot.com/
23September 2012
Berjaya Times Square
Takde tiket

Jung Il Woo jadi Holika Holika ambassador, jadi dia buat fanmeet kat sini. Masa keluar masa nie, aku punya la tak ingat ada event nie. Ika ajak lepak sini, aku follow je. Sekali ada fanmeet rupanya. Walaupun takde tiket untuk dapat sign beliau, sebab ini open space dapat la tengok dia. Bila dia senyum je, menjerit satu TS, menjerit je fans dia senyum.

Aku duduk je kat tepi time tu, orang yang masuk dapat sticker tampal kat lengan. Aku punye la nak stiker tu, bila fans keluar je dari fanmeet tu aku tengok. Sampai la satu mamat nie tanya "Nak ke sticker nie?"...Hahha...harus la aku nak kan. Dia kena heret dengan awek dia kot masa tu.

2012 Asia Supershowcase in Malaysia



11 December 2012
Tiket Superzone free 6 keping (sumber tak nak dinyatakan) 
Kenanga Wholesale City

Lepas dapat je offer tiket showcase, aku terus naik bas dari Muar ke KL. Dalam bas terus call Ika, Noona A, Noona HQ ajak pergi konsert malam tu. Masing-masing terus menggelupur balik KL. Lagi 2 tiket tu kasi kawan Ika satu, kawan Adah satu. Showcase kat Kenanga tak best venue dia. Tak nampak apa pun, tak sesuai untuk buat konsert. Budak nie pergi tengok kat tangga nampak clear jelas. Sound system pun tak best.

Tapi lineup dia memang best. EXO-M, Suju-M dengan BTOB. Showcase ini menemukan aku dengan BTOB. Serius masa tu tak tau nak sebut BTOB pun, tapi aku tau lagu top diorang waktu tu iaitu WOW. Jatuh hati dengan Hyunsik woo..Minhyuk tak lama lepas tu. Tapi entah kenapa aku tak ingat sangat pasal EXO.

27th Golden Disk Awards (GDA) 



15-16 January 2013
Sepang
Tiket free 2 pairs = 4 orang menang kontes

GDA diadakan selama 2 hari dan kami noona bertiga attend both days. Harus pergi dua-dua hari sebab 1) menang tiket untuk both days 2) artis yang ada berbeza. Tiket yang dimenangi nie memang berbaloi sangat dengan usaha yang dilakukan untuk kontes tu. Team work terbaik la time nie.

Bermula dari tengahari iaitu sidang media, lepas tu red carpet dan majlis award pada waktu malam. Open concert jugak sebab buat kat Sepang kan. Punya best time tu, aku call Ika live kasi dia dengar persembahan GD kot masa tu. Meroyan bersama Inspirit yang sangat cool dan ELF yang sampai menangis-nangis.

Line-up dia pun sangat awesome macam BAP,G-Dragon, Cnblue, Infinite,Kara,Miss A, FT Island,Sistar, Beast..memang berbaloi sangat berjuang masuk kontes (kami bertiga sangat dedicated, komited masa ni), berjuang pergi kejar redeem tiket, berjuang Google Map ke Sepang.


TVXQ! Live World Tour "Catch Me" in Kuala Lumpur



8th May 2013
Stadium Melawati,Shah Alam
Tiket RM 388

First concert lepas 6 tahun di Malaysia. Memang dinanti-nantikan sangat konsert ini. After countless survey and forms yang aku isi untuk bawa TVXQ ke Malaysia, akhirnya konsert diorang (even just berdua saja T_T) sampai ke bumi Malaysia.

Konsert nie banyak yang payahnya. Dari harga tiket yang "Mak ai!", concert venue yang jauh (dan tak pernah dibuat orang), waktu mula konsert yang lain ( seingat aku antara 1st concert yang mula pukul 6 instead of 8.30pm). Memang gigih la masa nie sebab pagi tu aku ada interview kerja. Habis je interview, masuk toilet tukar pakaian konsert aka tshirt dengan sandal. Beratur naik bas kat KL Sentral, beli goodies, join fan project.

Masa nie dapat tengok fanboy, hardcore fans dari China, Korea, Jepun,Singapore semua pun ada dengan banner masing-masing. Jangankan ahjumma yang datang satu famili, haelmoni pun ada Ok. Duduk sebelah kitorang masa konsert, cuma dia tak meroyan, meleleh air mata macam kami je la. Fanboy wa cakap lu, dari wing satu lagi boleh dengar diorang menjerit.Lepas tu join fan project, buat red ocean sesama...Ahhhh...feelsss sangat. Pengakuan jujur, tears were shed that day.

Start pukul 6, dekat 9.30 malam baru habis, dengan encore lagi. Berbaloi-baloi sangat. Cassie sebelah seat, tak pernah jumpa sampai sekarang nama pun tak tau time meroyan, bercerita, macam dah member bertahun. First time tengok stage yang digunakan 110%, Yunho Changmin terbang-terbang, stage terbukak, bergerak, keluar api, keluar air, memang gempak sungguh.

Universal Kpop Crazy Party 2013



24 Mac 2013
Bentley Auditorium
Menang 2 tiket ( Technically 4 tiket sebab aku menang 2 kontes, tapi ada aku dengan Noona HQ je)

Ini kira perjumpaan dengan kpop fans yang lain, bukan party pun. Siap duduk atas kerusi bersusun-susun tu. Yang best time nie adalah banyak sponsor. Seingat aku ada ramen (dapat free, ada free testing),Teh Oishi (free sebotol), Sunsilk (small set free), banyak lagi la. Ada live call pada 4Minute 2-Yoon iaitu Gayoon dan Jiyoon. Ada kuiz, lucky draw, dance cover competition etc.Lucky draw menang dapat tiket tengok SNSD kat Thailand kot masa tu. Siap accomodation,flight,concert tiket, dengan duit belanja...Memang perghh jeles la. Noona HQ dapat hadiah lagi sebab masuk game.Siap kasi wish pada SNSD sambil dirakam. Ntah kemana ntah video tu pergi. Meriah je, lagi meriah sebab lepastu pergi melantak Meatball Ikea.

Blue Moon 2013 CNBLUE World Tour Concert Live in Malaysia 



24 Ogos 2013
Stadium Negara
Tiket RM 578 (harga asal)

Dapat VVIP B, depan Jonghyun.Wow mengadap muka beliau yang gorgeous itu memang osem. Inilah kedudukan paling strategik( tak ramai sangat orang), paling dekat (kami dipisahkan dengan ruang seluas 2meter je) dalam sejarah hidup.

Fanservice diorang memang terbaik..masing-masing tunjukkan skil bahasa Melayu. Kalau setakat terima kasih, saya sayang kamu,saya cinta kamu tu kira biasa sangat.

"Di Malaysia banyak makanan yang sedap. Satay…..satay! I know Satay, nasi lemak, you know? Saya mahu makan satay!" Ko bayangkan lah betapa comel nya Minhyuk cakap macam nie. Macam fasih je diorang cakap. Bukan Minhyuk je, Jonghyun,Yonghwa dan Jungshin pun cakap dalam Malay.

BOICE Malaysia memang terbaik, siap prepare concert goods secara free macam belon, lightstick, hand banner dll. Masa lagu Love light, satu stadium tukar light stick dari biru ke pink sambil angkat banner. Masa opening pun BOICE buat event tapi pada yang duduk rockzone tu la.Sponsor Samsung adalah paling cool sekali. Dapat tshirt, handphone case, lanyard, printed gambar sorang satu,Jumpa kawan baru jugak. Dia datang konsert sorang je. borak sikit terus jadik member dan meroyan bersama.

Habis konsert tu, aku rasa Jonghyun kot paling towel. Lepas tu berlaku la perbalahan antara 2 fans yang dapat pegang towel tu. Ngeri jugaklah sebab tak pernah tengok live orang berebut kan. Akhirnya, diorang settle towel tu. Kami pun pinjam towel tu ambil gambar buat kenangan.


MBLAQ K-Festival 2014


9 Ogos 2014
Pavilion,KL
No ticket needed kalau tengok dari tepi

Sempena festival Korea anjuran Korea Tourism, dia jemput MBLAQ buat persembahan. Dalam 5 minit je kot persembahan diorang, yang penting enjoy. Ooo abang Seungho sangat macho dan Thunder sangat comel ok. Ada banyak je aktiviti lain macam try hanbok, cooking class, persembahan traditional dll. Meriah dengan A+ masa diorang buat persembahan dekat stage kecik tu.

Aku naik bas dari Muar 2jam 30minit dan Noona HQ drive dari balik Perak semata nak tengok persembahan 5 minit diorang. Rupanya itu last peluang untuk tengok mereka perform berlima. Sebelum tu ada fanmeet untuk Haha, tapi kami tak pergi.

Itu saja konsert yang Noona pernah sampai. Tak banyak dan tak legend mana pun. Tapi ada la juga kenangan tersebut. Masa muda-muda la nak buat kerja macam ni. Dah masuk alam kehidupan sebenar ( yang sedang kami lalui sekarang) dah tak mampu dah nak buat semula ni.

p/s : Kebanyakan tiket adalah free.Usaha tangga kejayaan.
pp/s: Most of the time pergi ke tempat konsert atau event dengan menggunakan segala public transport yang ada.

Bacaan Berkaitan

HOW I SAVE MONEY FOR CONCERT TICKET

Kpop Concert FAQ Compilation

[Fan Account] The Red Bullet in Malaysia 2015 #TRBinMY #BTSinMY

Kpop Concert, Fanmeet, Gathering Experiences in Malaysia

Post Concert Depression

Survival Tips Kpop Concert

Lesson from Taylor Swift Concert Empty Seat


Comments

  1. uish sumpah kagum ngn noona (ntah2 aku lg tua lol). siyes kena berguru cmne nak menang tiket konsert. jimat byk woooo

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha..sama2 noona pun boleh..sangat jimat tp nak pikir ayat slogan, acting lagi jenuh juga..tapi tapi tapi lagi kan ada lagi org yg tiap kali contest pun dia menang..noonameroyan still tahap pertengahan noob lagi..hehehe..

      Delete
  2. Nak tanya. Mcm mana noona boleh dpt tiket free? Contest yg macam mana yg dorang buat nk bg tiket free tu? Sy first time nk g konsert kpop ni and nk try la masuk contest. Kat mana eh nk mencarinya? Tolonglah sy ni noona ㅠㅠ

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Didi! Sebenarnya takde free mana pun tiket tu sebab masuk kontes pun bermodal. Ni tips kejayaan dari Noona, bila diorang announce konsert, kan ada gambar sponsor kat poster tu?
      Ha, ko pi cari satu2 tengok diorang buat kontes ape, pastu masukla. Mesti ada punya kontes. Kadang nak selfie,video,beli barang diorang.
      Good luck masuk kontes nanti!

      p/s hensem betul profile pic tu..urgh
      ~noona B

      Delete
  3. Hai noona. Nak tanya lah kan.. serius ke tak boleh bawa camera? Haha! Walaupun dah tau tsk dibenarkan. But how eh orang lain boleh ambik gambar merka time concert? Hehe. Security die check sampai kena punggah beg kita ke? Hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haaaa..sorry lambat reply awak ><
      dapat tak snap gambar ke video dalam tu?? tag ler kat twitter noona nak tengok video..sampai sekarang pun tak faham camne masternim dapat ambil gambar masa concert.
      b

      Delete
  4. hi noona, ada tips nk beli ticket concert kpop?
    and usually beli dr agent or online?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi!! best way adalah beratur waktu ticket launching. Alert announcement tempat & masa dari organizer. Biasanya launch di mall, jadi datang seawal mall tu dibuka & terus beratur. Elakkan beli dari orang lain. Online juga boleh try, biasanya dari baki tiket selepas launching.
      Good luck belo tiket!!
      B

      Delete

Post a Comment