Skip to main content

HOW I SAVE MONEY FOR CONCERT TICKET



Dalam bucket list setiap peminat kpop pastinya adalah pergi ke konsert kpop, paling tidak sekali seumur hidup. Dengan masalah inflasi yang sentiasa meningkat, harga tiket konsert pastinya lebih tinggi. Lagi-lagi kalau idol dah hot stuff, global level; harga tiket pun meningkat sama.

Oleh itu, adalah penting punya wang yang cukup untuk menyempurnakan cita-cita kalian itu. Mari Noona kongsikan beberapa cara Noona kumpul duit aka menabung untuk beli tiket konsert. Idea yang diberikan ini adalah lebih mudah jika anda sudah ada gaji yang diterima setiap bulan. Jika masih student pun tiada masalah, gunalah duit elaun kalian. Tambah lagi dengan duit upah, freelance, kerja part timer dan lain-lain, insyaAllah cukup duit nanti.

Ayuh tengok idea menabung Noona ni.

Langkah 1 : Kira berapa RM yang diperlukan


Estimate harga tiket konsert. Estimatian boleh dibuat berdasarkan

1) harga tiket konsert sebelum ini/ idol lain
2) jenis seat

Range harga tiket dari RM 300+ hingga RM 800+ .Ini contoh harga tiket mengikut seating.




Kira juga perbelanjaan lain seperti transportation ke venue ( flight, LRT,bas, Grab etc), makan dan minum, accommodation ( duduk hotel, tumpang rumah kawan etc), beli merchandise, fanset, emergency duit dan lain-lain.

Untuk tiket konsert diluar negara, sila ambil kira turun naik currency exchange.

Contohnya setelah dikira semua, kita perlukan kira-kira RM 1,000

Langkah 2: Kira berapa perlu disimpan setiap bulan


Berapa diperlukan? RM 1,000
Bila diperlukan? Oktober 2018
Masa yang ada ? 4 bulan dari sekarang

Keluarkan kalkulator dan tekan-tekan nombor kat atas ni. Dapatlah kita RM 250/ bulan diperlukan untuk ada RM 1,000 pada bulan 10 2018 ini.


Langkah 3: Asingkan RM xx setiap bulan


Sekarang kita dah tahu kita perlu simpan RM 250 setiap bulan selama 4 bulan. Bagi mereka yang ada gaji besar dan kurang komitmen bulanan, asingkan saja RM250 ke akaun lain secara automatik atau direct debit.

Bagi mereka yang mahu asingkan duit ditangan boleh guna beberapa teknik dibawah ini untuk menyimpan.

Cara Asingkan Duit

Simpan Ikut Warna Duit



Contohnya anda pilih warna merah iaitu duit RM10. Setiap kali anda terima RM10, terus asingkan duit itu untuk simpanan, jangan diguna. Ini dibuat setiap kali terima duit tau, bukan sehari sekali. Jika sehari terima 4 kali atau 4 keping RM 10, semuanya itu perlu disimpan.

Pengalaman aku sendiri, aku bijak mengelat dengan tukar duit kewarna lain..hahaha displin mau kuat saudari.

Simpan Ikut Minggu



Simpan duit ikut jadual dibawah ini. Pengalaman aku adalah mula-mula memang tiada masalah sebab nilai kecil. Dah hujung tu mula lah rasa berat nak letak RM50 dalam tabung. Tapi alhamdulliah dapat juga RM 1,378 dihujung 52 Weeks challenge ini, cuma kena tunggu satu tahun baru dapat guna duitnya. Jadi, kalau nak guna teknik ini, mulakan awal supaya dapat guna untuk beli tiket. 


Selain tu boleh juga double the amount. Instead of RM1 satu minggu, buatlah RM2 satu minggu untuk dapat RM2k lebih. Dan idea lain untuk buat kita lebih bersemangat adalah terbalikkan jadual ini. Nama challenge ni adalah Reversed 52 Weeks Challenge. Maknanya, instead of bermula dengan RM1/RM2, kita mulakan dengan RM52/RM 104. Semakin dekat nak habis tempoh tu, makin sikit je kena keluarkan duit. Ha, barulah tak rasa pedih sangat kan hehee

 Simpan RM 1 Setiap Hari Isnin


Cara nak simpan ni mudah saja ikut jadual dibawah. Setiap hari anda akan simpan duit tapi berbeza ikut hari. Setiap Isnin simpan RM 1, setiap Selasa simpan RM 2 dan seterusnya. Jika anda buat seperti ini setiap hari untuk setiap minggu selama setahun, kita akan dapat RM 1,456 hujung tahun nanti.

Simpan Duit Kutu


Ini kena ada tahap kepercayaan tinggi. Mungkin boleh buat dengan adik beradik atau kawan yang memang betul jujur punya.

Pengalaman aku adalah simpan sendiri tapi pengunaan duit tu aku gilirkan untuk belian. Contohnya RM500 yang terkumpul beli tiket konsert dulu, lepas tu RM 800 untuk beli tiket flight, lepastu RM 300 untuk penginapan dan seterusnya.

Begitulah antara idea nak simpan duit untuk beli tiket konsert. Tak mustahil untuk korang semua pun dapat pergi ke konsert kpop pilihan hati. Yang penting kena ada perancangan dan menabung duitnya. Kalau rasa susah nak mula tu carilah member. Bila ada kawan ni baru excited dan bersungguh nak pi konsert bersama.

Itu saja dari Noona. Macam mana pulak cara kalian kumpul duit untuk beli tiket konsert? Kongsikan dengan kami kat bawah tau.

~B

Bacaan Berkaitan

HOW I SAVE MONEY FOR CONCERT TICKET

Kpop Concert FAQ Compilation

[Fan Account] The Red Bullet in Malaysia 2015 #TRBinMY #BTSinMY

Kpop Concert, Fanmeet, Gathering Experiences in Malaysia

Post Concert Depression

Survival Tips Kpop Concert

Lesson from Taylor Swift Concert Empty Seat

Comments